Categories
Ada Apa?

Oh! Penjelasan Isu “Rancangan Menghapuskan Sultan?”

ohtidak-ustaz-wan-ji-2

Pendakwah bebas Wan Ji Wan Husein mempertahankan dirinya berhubung video yang menunjukkan beliau berbincang kemungkinan Malaysia menjadi negara sistem monarki, yang didakwa sesetengah pihak sebagai “menghina” sultan.

Wan Ji berkata kenyataan itu dibuat secara kiasan sewaktu perbincangan berkaitan ‘fiqh tawaqqu’ – satu cabang pengajian fikah Islam yang membincangkan isu yang mungkin berlaku pada masa depan. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Wan Ji berkata beliau memberi contoh bagaimana Nabi Muhammad SAW yang selalu membuat perancangan untuk masa depan dan beliau memberi pelbagai contoh, termasuk tentang sultan.

ohtidak-ustaz-hina-sultan

Seorang aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membuat laporan polis dengan mendakwa Wan Ji menghina sultan dan beliau menggesa tindakan diambil terhadapnya.

OHTIDAK: APAPUN NIATNYA. LEBIH BAIK CUBA GUNA CONTOH YANG LAIN BAGI MENGELAKKAN PERKARA SEPERTI INI BERLAKU.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *