Dua kejadian yang sama berlaku dalam tempoh masa selang beberapa hari. Kejadian pertama dilaporkan berlaku apabila satu batu sengaja dijatuhkan dari atas jejantas Taman Connaught oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Lokasi tepat kejadian adalah di jejantan di Taman Connaught yang melintasi Lebuhraya Kajang – Cheras berhampiran dengan Mc Donalds dan juga Pasaraya Giant.

OhTidak ada berkongsi kejadian ini di Facebook Pages Oh! Media baru-baru ini dan mendapat respon yang mengundang kemarahan orang awam dan risaukan akan keselamatan mereka dan mengapa ada pihak yang tergamak melakukan sedemikian rupa?

ohtidak-taman-connaught-baling-batu-1

Beberapa kemalangan dilaporkan berlaku akibat sengaja dilempar batu ke arah cermin kereta di highway di kawasan Taman Connaught di bawah jejantas berhampiran Mc Donalds Taman Connaught. Perbuatan manusia tak berakal mungkin. Sebuah lagi kereta juga turut menerima kecelakaan yang sama tidak lama kemudian dan dipercayai didalangi pelaku yang sama. Berhati-hatilah sentiasa. Sebenarnya apa masalah diorang ni? – Oh! Media Facebook Pages.

Kejadian pertama kami kongsikan pada 16 Ogos lalu yang melibatkan seorang wanita di mana menerima keceraan ringan akibat daripada insiden tersebut [klik di sini].

ohtidak-baling-batu-jejantan-connaught-1

Kejadian kedua pula kami laporkan dua hari kemudian yang melibatkan seorang wanita tua yang memandu untuk pulang ke rumahnya [klik di sini]. Bagaimanapun kejadian kedua tidak dilaporkan kepada polis. Ini dijelaskan sendiri oleh anak mangsa, Anson Ong yang menyatakan dia tidak berniat untuk membuat laporan polis kerana tahu tindakan tersebut hanyalah sia-sia. Apa yang dia mahu lakukan hanyalah berkongsi kepada orang ramai agar mereka dapat lebih berhati-hati ketika melalui lokasi tersebut ataupun di mana sahaja berada.

Baru dua hari lepas kami berkongsi tentang kejadian baling batu dari jejantas yang berlaku di Taman Connought berhampiran Giant dan Mc Donalds (Lebuhraya Cheras – Kajang). Kali ini satu lagi kejadian berlaku di tempat yang sama! Seorang wanita bernasib-baik kerena tidak mengalami sebarang kecederaan. Mohon mana-mana ustaz untuk halau setan-setan yang bermain di aras jejantas tu. For you guys, hati-hati selalu terutama di kawasan yang disebutkan. – Oh! Media Facebook Pages.

ohtidak-baling-batu-jejantan-connaught-2

Jadi berhati-hatilah sentiasa kerana zaman sekarang ni memang susah nak difikirkan kenapa ramai sangat si bodoh yang suka melakukan perkara-perkara keji tanpa langsung rasa bersalah. Terlalu ramai yang boleh diteka sebagai suspek tapi biarlah pihak polis yang menyelesaikan perkara ini. Cadangan kami oleh kerana jejantas tersebut telah dua kali berlaku perkara yang sama dalam waktu yang singkat (itu yang kita tahu), letakkan pengawal keselamatan, CCTV atau sebarang apapun di kawasan tersebut bagi membendung kejadian yang sama berlaku lagi. Jangan tunggu ada yang dah mati baru nak buat tindakan.

Oh! Tidak melaporkan untuk Oh! Media.

OHTIDAK: OLEH KERANA KAMI SENDIRI HARI-HARI MEMANG MELALUI JALAN TERSEBUT, MEMANG SETIAP KALI SEBELUM SAMPAI JEJANTAS TU AKAN TENGOK DULU ADA ORANG ATAU TIDAK KAT ATAS. KALAU ADA DAN NAMPAK MENCURIGAKAN, KAMI SENDIRI YANG AKAN TOLONG LETUPKAN SEKOR-SEKOR. SETAN BETUL PERANGAI. SEKIAN.

Related Posts

Oh! Ron95, Diesel Naik 20 Sen Tengah Malam Ini

Oh! Pekerja TNB Ditetak, Hampir Terputus Tangan Kiri

Oh! Tiga Angota Polis Trafik Maut

Oh! Kemalangan Dahsyat di Kulim

Oh! Kemalangat Maut Bas Sekolah di Jalan Sandakan

Oh! Ibu ‘jemput’ anak di HKL, bukan di stesen komuter


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *