Seorang kanak-kanak hancur tangan kiri selepas sebuah bungkusan yang jatuh dari siling rumah tiba-tiba meletup ketika sedang mengira duit raya di ruang tamu rumah neneknya di Kampung Bukit Awang, Pasir Puteh, Jumaat lalu.

Kejadian jam 8.45 malam itu menyebabkan Mohd Harith Danial Errman, 8, dikejarkan ke Hospital Besut sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini. Dia turut menerima beberapa jahitan apabila turut tercedera di mulut.

ohtidak-bom-dari-siling

Ketika kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah kerana pulang ke Kuala Lumpur selepas bercuti sempena Aidilfitri. Bagaimanapun, bapanya, Errman Mohd Yusof, 35, yang bekerja sebagai pemandu lori bergegas pulang melihat anaknya di hospital sebaik dimaklumkan kejadian itu.

OHTIDAK: SEBELUM INI BOM MELETUP DI ATAS BUMBUNG KERETA, DAN SEKARANG BOM JATUH DARI SILING RUMAH PULA.

UPDATE: Dalam berita sebentar tadi, pihak Polis mengesahkan bahan letupan tersebut adalah mercun buatan sendiri dan bukannya bom seperti yang disangka orang ramai.

Related Posts

Oh! Pekerja TNB Ditetak, Hampir Terputus Tangan Kiri

Oh! Atuk Buli Nenek Punca Pergaduhan

Oh! Atuk Dan Nenek Gangster

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap

Oh! Ajaran Sesat Ayahanda

Oh! Kes Baling Batu Dari Jejantas Taman Connaught


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *