Cium pipi, dahi dan kaki selepas bersembahyang di dalam gua. Itu antara aktiviti dilakukan pengikut ajaran sesat yang menjadikan sebuah gua di sebuah negeri di pantai timur sebagai markas untuk pengikutnya berkumpul pada masa ditetapkan peneraju kumpulan itu.

ohtidak-ajaran-sesat-1
GUA dipercayai tempat pengikut ajaran sesat berkumpul.

Bercampur antara lelaki dan perempuan, mereka bersalaman dengan individu dipanggil ‘Ayahanda’ dan ‘Bonda’ sebelum mengucup kedua-duanya yang menunggu di persada khas seperti katil di gua berkenaan sehingga selesai solat wajib. Bagaimanapun, dia tidak bersembahyang sebaliknya hanya melihat pengikutnya berbuat demikian. Difahamkan, setiap kali sembahyang terdapat lebih daripada 10 pengikutnya, tetapi jumlah keseluruhan pengikut ajaran terbabit tidak dapat dipastikan.

ohtidak-ajaran-sesat-2
PASANGAN yang membahasakan diri mereka Ayahanda dan Bonda.

Mendedahkan perkara itu, Penolong Pengarah Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Shahrom Maarop berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati, pengasas ajaran terbabit berusia 60-an dikesan aktif menyebarkan ajaran dipeloporinya di negeri asal dan negeri lain, malah fahaman karut itu berkait rapat dengan kegemarannya masuk ke hutan serta berdamping dengan hidupan liar seperti harimau serta gajah.

UPDATE DARI EMAIL YANG KAMI TERIMA:

salam tuan, Merujuk pd link tuan http://www.ohtidak.com/oh-ajaran-sesat-ayahanda/ prempuan tersebut adalah makcik saya dan kini beliau dalam proses pemulihan.

d sini saya sertakan gambar asal gambar yg tuan ambil d harian metro, dan saya memiliki lebih byk gambar d kawasan sekitar.
saya harap gambar lelaki tersebut atau nama sbenar Nawi atau juga dkenali sbg datok merong/ayahanda merong d sebarkan utk kselamatan kita sbg umat islam. lelaki tersebut akan merosakkan akidah kita n menjadikan prempuan sbg mangsa. merong ini menggunakan sihir dlm perubatan n seangkatan dgn nya. oh terdapat 2 gamba pd saya d lokasi tersebut yg terlihat penampakan lembaga.. maaf x sempat tulis byk2. nak masuk keje dah ni, kalau tuan berminat nak ktahui lebih lanjut bole la reply email ni, insyaAllah kalau bkesempatan saya akan memaklumkan info terbaru kes ini. thanx. salam.

ohtidak-ajaran-sesat-4

ohtidak-ajaran-sesat-3

ohtidak-ajaran-sesat-2

ohtidak-ajaran-sesat-1

OHTIDAK: DAH TUA TU RAJIN-RAJINLAH BERTAUBAT

Related Posts

Oh! Pekerja TNB Ditetak, Hampir Terputus Tangan Kiri

Oh! Atuk Buli Nenek Punca Pergaduhan

Oh! Atuk Dan Nenek Gangster

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap

Oh! Bom Jatuh Dari Bumbung

Oh! Kes Baling Batu Dari Jejantas Taman Connaught


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *