Categories
Pelik

Oh! Budaya Gantung Patung Bawah Kereta

ohtidak-gantung-patung-bawah-kereta

Biasa kita nampak kereta yang menggantungkan patung di bahagian bawah kereta mereka. Mesti ada yang rasa pelik kenapa ada yang buat macam tu. Adakah sebab anak dia yang sangkut kat bawah kereta tu atau mungkin ianya salah-satu cara nak buat kereta nampak unik? Hurm, sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.

Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati. Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta supaya roh kanak-kanak tenang. Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Sebab tu kita jangan sesuka hati mengikut-ikut trend tanpa sebarang usul-periksa. Apapun OhTidak nak kongsikan satu gambar menarik di mana selalu orang gantung patung, tapi dia ni gantung benda yang agak over pula. Hahaha!

ohtidak-telur-bawah-kereta-1

Kita zoom sikit!

ohtidak-telur-bawah-kereta-2

Kami tak pastilah dia lakukan dengan tujuan tersendiri, atau nak nampak lain dari yang lain. Apapun ianya pasti menarik perhatian pengguna jalan yang lain. Penerimaan tu terpulang kepada anda.

OHTIDAK: TOKSAH BUAT BENDA PELIK-PELIK LA YE!


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *