Categories
Superb!

Oh! Barang Kemas Orang Kaya

Emas adalah simbol kemewahan, simbol kekayaan seseorang. Jika dahulu Firaun membina menara emas, abu jahal menjual patung emas, Karun memiliki gudang yang penuh dengan emas dan kegilaan terhadap emas ini di teruskan sehingga ke zaman yang serba moden ini. Berikut adalah barang-barang yang diperbuat dan disaluti oleh emas.

ohtidak-barang-perhiasan-paling-mahal-10
1. Tobias Wong, seorang designer yang mesra dipanggil “man who turn everything into object” telah mencipta item emas berbentuk kapsul dari emas 24karat, Menurut beliau, kapsul ini digunakan untuk menaikkan harga diri kita, dengan menelan kapsul ini anda baru saja menaikkan harga diri anda sebanyak RM1400.00. Kapsul ini boleh dibeli di internet.

ohtidak-barang-perhiasan-paling-mahal-5
2. “Gold Desert Bowl” bertahtahkan emas ini dihasilkan oleh Stephen Bruce di Restoran miliknya Serendipity 3 atau lebih dikenali sebagai “Restaurant I Won’t Be Taking My Girlfriend to For Her Birthday” berharga sekitar usd25k, ia dihasilkan menggunakan emas 23karat, aiskrim dicelup emas 20karat, diamond dan truffle. (mengikut kajian, isotop emas boleh meningkatkan kesan kanser dalam darah)

ohtidak-barang-perhiasan-paling-mahal-1
3. Posche 911 ini dimiliki oleh jutawan Rusia, rangka kereta dihasilkan dari 40 pound emas 24 karat, bahagian dalamnya pula dihasilkan menggunakan emas 22 karat, rangka kereta, stering, rims, pembuka pintu juga dihasilkan menggunakan emas. Tempat paling selamat untuk parking kereta ini adalah di Bilik Kebal bank.

ohtidak-barang-perhiasan-paling-mahal-11
4. Jika anda penulis ebook terkaya, pakar forex, dan seorang yang mementingkan kemewahan, anda boleh memiliki sebuah keyboard bersalut emas pada harga USD275 (RM900) dari syarikat Sakura Kazo di Jepun, keyboard ini disadur dengan emas 24 karat dan tidak memerlukan driver untuk diinstall pada komputer dan menggunakan ruang USB untuk disambungkan ke komputer peribadi anda

ohtidak-barang-perhiasan-paling-mahal-7
5. Tandas termahal di dunia terletak di Hong Kong. Dibina pada tahun 2001, seluruh tandas ini dibina menggunakan sebanyak 380kg emas 24karat dan 6200 gemstones. semua bahagian tandas dari mangkuk, pam, baldi pun dihasilkan dari emas, ia berharga HK $ 38 juta ketika dibina dan sekarang bernilai HK $ 80 juta.

ohtidak-barang-perhiasan-paling-mahal-2
6. Nintendo wii ini dihasilkan dari emas 22karat dan berharga sekitar usd490k, sebelum ini Play Station 3 dari emas pun turut dihasilkan dan dijual pada harga usd320k di Amerika.

ohtidak-barang-perhiasan-paling-mahal-8-3
7. Menurut pereka, beliau mengambil masa selama 9 minggu untuk menyiapkan casing iPhone 5 emas ini. Sarung luar telefon pintar ini dikatakan dibuat mengunakan emas 24-karat, manakala butang home itu diperbuat daripada 26 karat berlian hitam. Logo Apple dan sudut-sudut telefon pintar pula bertatahkan berlian putih. Peranti ini diselaputi dengan 600 batu permata, daripada jumlah itu, 53 ditempatkan di logo Apple di belakang. Ianya dimiliki oleh seorang usahawan berbangsa cina.

ohtidak-barang-perhiasan-paling-mahal-9
8. Stroller bayi bersalut emas ini dijual di Harrods dengan harga UK6000 (RM30k) ia dilengkapi dengan sistem bunyi dan kain baldu. Semua bahagian stroller termasuk roda, badan dan bumbung juga dihasilkan dari emas 24karat

OHTIDAK: INI SEMUA DUNIAWI. HAHA!


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *