Categories
Superb!

“Syukur Anak Saya Selamat dan Terima kasih Kepada Semua” – Ibu Wan Aisyah

ohtidak-wan-aisyah-hilang-ditemui

Kehilangan kanak-kanak comel Wan Aisyah Wan Exzan mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia, selepas hilang pada 2 Ogos di Jusco Rawang, Wan Aisyah akhirnya diserahkan kepada pihak polis oleh ibu suspek yang menculik Wan Aisyah. Kes ini ada kami laporkan sebelum ini di Facebook Oh! Media dan juga salah-satu artikel di Oh! Tidak sebelum ini.

Wanita itu telah menghantar Wan Aisyah ke balai polis Sungai Nibong kira-kira pukul 11.30 pagi memaklumkan bahawa anak lelakinya membawa kanak-kanak tersebut ke rumahnya di Teluk Kumbar pada pukul 5 pagi sebelumnya. Malah wanita itu turut mengakui anak lelakinya yang meminta dia supaya menghantar kanak-kanak tersebut ke balai polis berhampiran.

Ibu Wan Aisyah iaitu Arbaiyah Md Zin meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada orang ramai dengan kembalinya anak yang tersayang. Arbaiyah dilihat tiba di Balai Polis Sungai Nibong pada jam 4.45petang semalam bersama seorang lelaki yang dipercayai bekas suaminya.

“Syukur Anak Saya Selamat dan Terima kasih Kepada Semua.” itulah yang dapat diluahkan oleh Arbaiyah Md Zin.

Ibubapa Wan Aisyah itu kelihatan berulang-ulang kali mencium dan memeluk erat anak mereka. Wan Aisyah kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan kesihatan.

OHTIDAK: SYUKUR WAN AISYAH SELAMAT. SEMOGA SEMUA IBU-IBU DI SELURUH DUNIA LEBIH BERHATI-HATI SEBELUM TERJADINYA SESUATU YANG TIDAK DIINGINI.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *