Categories
Superb!

Oh! Kisah Kehilangan Aisyah Terungkai #FindAisyah

ohtidak-find-aisyah

Kisah kehilangan seorang kanak-kanak perempuan yang bernama Wan Aisyah binti Wan Exzam mula heboh diperkatakan di laman sosial sejak semalam (4 Ogos 2013) melalui hashtag #FindAisyah di Facebook dan juga Twitter. Kanak-kanak bernama Aisyah ini dilaporkan hilang di Jusco Rawang disyaki dilarikan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Sharizal Yusof pada 3 Ogos kira-kira jam 11.30 pagi yang lalu.

ohtidak-find-aisyah-1

#FindAisyah mendapat tempat di hati orang ramai apabila rakyat Malaysia dilihat bersatu-padu membantu usaha mencari kanak-kanak berusia 3 tahun itu. Media Sosial terbesar di Malaysia seperti Oh! Media turut membantu menggerakkan kempen mencari Aisyah dengan dua perkongsian yang mendapat respon lebih dari 1 juta rakyat Malaysia dalam masa kurang beberapa jam sahaja.

[hr]

ohtidak-find-aisyah-2

Ibu Aisyah, Arbaiyah Bt Md Zin, 32 tahun membuat laporan di Balai Polis Rawang pada 3 Ogos lebih kurang jam 11:15 malam. Arbaiyah yang juga seorang guru di SMK Sg Choh Rawang membuat keterangan bahawa dia mengenali seorang lelaki bernama Faisal Bin Ibrahin melalui Facebook dan membuat perancangan untuk berkahwin selepas Aidilfitri ini.

Pada 30 Julai 2013, Arbaiyah telah menyerahkan anaknya Aisyah berserta dokumen milik kanak-kanak itu kepada teman lelakinya itu dengan alasan ingin diperkenalkan kepada kakaknya di Damansara. Pada 2 Ogos 2013 pula, Arbaiyah telah menyerahkan wang bernilai RM25,000 secara tunai kepada lelaki tersebut untuk modal perniagaan emas di Food Avenue Eon, Jusco Rawang.

Lebih kurang jam 8 pagi keesokkan harinya, Arbaiyah menanti kehadiran lelaki tersebut ke rumahnya kerana telah berjanji datang menjemputnya pergi membuat pesiapan untuk perkahwinan mereka namun Faisal tidak kunjung tiba malah segala panggilan juga hanya sia-sia. Arbaiyah yang risau dengan keselamatan Aisyah membuat laporan polis setelah gagal dalam usaha mendapatkan Aisyah biarpun telah ke kediaman lelaki tersebut (seperti alamat yang diberi) tetapu ianya palsu.

Rentetan dari kekecohan yang telah berlaku selepas kempen #FindAisyah mula menjengah dan begitu mudah tersebut kerana semuanya dihujung jari, mangsa, Wan Aisyah Wan Exzam diserahkan kepada polis oleh ibu kepada teman lelaki ibu mangsa kira-kira jam 11.30 pagi tadi (5 Ogos 2013) di Balai Polis Sungai Nibong.

ohtidak-find-aisyah-3

Sumber berkata, berdasarkan siasatan suspek berusia 44 tahun dikatakan membawa pulang mangsa pada jam 5 pagi di rumahnya di Taman Teluk Kumbar dan suspek meminta ibunya menyerahkan mangsa ke balai polis berdekatan. Menurutnya, suspek dikatakan menghilangkan diri selepas meninggalkan mangsa bersama ibunya sejurus tiba.

“Mangsa kini berada di Balai Polis Sungai Nibong untuk menanti kedatangan ibu mangsa untuk mengambil anaknya dan siasatan lanjut masih lagi dijalankan untuk mengenalpasti punca kejadian yang sebenar. Siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan polis kini sedang menjalankan siasatan untuk mengesan suspek,” tambahnya lagi.

Sehingga kini Arbaiyah tidak lagi membuat sebarang kenyataan melalui penemuan Aisyah ini. Kami juga tak pasti motif lelaki tersebut buat begini ataupun semua ini hanya salah faham semata. Apapun kisah disebaliknya, kami bersyukur kerana anak ini kembali dipertemukan oleh ibunya dengan keadaan yang selamat. Moga Aidilfitri yang bakal menjelma ini akan memberi 1001 makna kepada mereka.

OHTIDAK: JANGAN MUDAH SANGAT PERCAYA DENGAN ORANG DI LAMAN SOSIAL NI. PESANAN IKHLAS UNTUK SEMUA.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *