chetz

Baru-baru ini kecoh di laman sosial tentang sebuah video yang dihasilkan oleh seorang individu dikenali sebagai Chetz Yusof tentang sambutan hari raya Aidilfitri yang disambut bersama 3 ekor anjing. Video itu telah menimbulkan kemarahan umat Islam di Malaysia kerana ia dianggap telah menghina Agama Islam yang suci.

Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan Maznah Yusof atau dikenali sebagai Chetz yang memuatnaik video beliau menyambut Aidilfitri bersama tiga anjing dalam laman Facebook sebagai perbuatan menghina Islam.

Berikutan itu JAKIM diarah memaklumkan keputusan itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan susulan telah diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, selepas menyampaikan bantuan Aidilfitri kepada pengawal keselamatan dan pendakwah bebas di sini semalam.

Menyentuh sensitiviti

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata SKMM akan merujuk kes itu kepada JAKIM kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam sebelum diklasifikasi sama ada menghina agama atau sebaliknya.

hina islam

Sumber: Berita Harian

OHTIDAK: TAK PAHAM LAH, APA MOTIF DIA BUAT VIDEO TU. HMMM..

Related Posts

Oh! Pekerja TNB Ditetak, Hampir Terputus Tangan Kiri

Oh! Atuk Buli Nenek Punca Pergaduhan

Oh! Atuk Dan Nenek Gangster

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap

Oh! Bom Jatuh Dari Bumbung

Oh! Ajaran Sesat Ayahanda


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *