ohtidak-mind-&-magic-episod-2-gambar-1

Seperti yang telah kami janjikan kepada peminat-peminat Oh! Media Mind & Magic Episod 1 Jumaat lalu, sekali lagi kami sajikan kepada anda demontrasi persembahan silap mata yang diacarakan oleh Asia’s Professional Mentalist & Magician Chris Cheong.

Di Episod 2 ini, Oh! Media Production dengan kerjasama Kaio Studio telah berkesempatan mengunjungi peminat-peminat silap mata di sekitar The Curve, Petaling Jaya. Chris telah mempersembahkan pelbagai jenis silap mata dengan hanya mengunakan daun terup yang merupakan tema untuk minggu ini. Tak lupa juga chris turut berkongsi bersama penonton teknik silap mata yang tertua di dunia.

Jom kita tonton video ini di mana di penghujungnya, Chris telah mempamerkan satu trick untuk anda pelajari.

Dah tonton episod kali ini? Bagaimana mengapungkan sehelai wang kertas dengan menggunakan satu jari sahaja? Nampak memang macam susah kan? Ok ikuti tutorial berikut:

[highlight]Oh! Media Mind & Magic – Apungkan Wang Kertas[/highlight]

Barang yang diperlukan:

ohtidak-mind-&-magic-episod-2-tutorial-1

[list type=”check”]
[li]Sehelai duit kertas[/li]
[li]Sekeping duit syiling[/li]
[/list]

LANGKAH SATU

ohtidak-mind-&-magic-episod-2-tutorial-2
#Lipat wang kertas dan masukan wang syiling di dalam lipatan (Rujuk gambar di atas)

LANGKAH DUA

ohtidak-mind-&-magic-episod-2-tutorial-3
# Lipat sedikit dibahagian yang terbuka (Rujuk gambar di atas)

ohtidak-mind-&-magic-episod-2-tutorial-4
Pandangan dari tepi

LANGKAH TIGA
ohtidak-mind-&-magic-episod-2-tutorial-5
#Lakonkan sedikit aksi seolah-olah wang kertas itu mampu terapung (Rujuk video)

Tentu seronok jika kita sendiri dapat mendalami ilmu silap mata yang hanya hiburan semata-mata. Yang pastinya ‘Trick dan Gimmick’ yang memerlukan kemahiran yang tinggi oleh pengendalinya.

Harapan kami agar anda terhibur dengan sajian kali ini. Jangan lupa melanggani channel Youtube kami dan Facebook Oh! Media untuk mengikuti perkembangan Oh! Media Mind & Magic ini pada setiap hari Jumaat malam hanya di Oh! Media. Pelbagai lagi trick yang tidak masuk akal akan dipersembahkan nanti. Stay Tuned guys!!

Magician: Chris Cheong
Krew: Aim, Kaio Studio, Khayz Rie, Sisi Azie, Sharifah Aishah Alhabshi
Photographer (with thanks): Ainaa Roseberry
Produce by: Oh! Media Network [Facebook]

Related Posts

Oh! Media Mind & Magic – Episod 6

Oh! Media Mind & Magic – Episod 5

Oh! Media Mind & Magic – Episod 4

Oh! Media Mind & Magic – Episod 3

Oh! Media Mind & Magic – Episod 1


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *