Categories
Kemalangan

Chua Boon Huat Lagenda Hoki Maut Dalam Kemalangan 1 Ogos

ohtidak-kemalangan lagenda hoki negara-1

Chua Boon Huat,33, pemain lagenda hoki negara menemui ajal akibat terlibat dalam kemalangan jalanraya jam 2.25pagi tadi. Kereta Proton Perdana yang dipandu Chua telah merempuh sebuah lori air penyiram pokok bunga lebuhraya yang berhenti di Lebuhraya Damansara-Puchong berdekatan station LRT Kelana Jaya. Chua didapati meninggal ditempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala dan terperangkap di dalam kereta tersebut.

1 Ogos 2013 – BBP Damansara menerima pangilan kecemasan pada jam 2.40 pagi kemalangan jalanraya melibatkan sebuah kereta dan lori tangki air menyiram bunga tepi lebuhraya, Jentera diketuai PBKII Sulaiman bersama 5 anggota bergegas ke lokasi didapati ada seorang mangsa berbangsa cina telah tersepit dan mati di tempat kejadian akibat cedera parah , kerja2 penyelamatan dibantu oleh Unit RIM dan angota BBP Petaling Jaya. – Bomba Malaysia

Apa yang menyedihkan kejadian itu berlaku beberapa jam selepas seluruh skuad hoki negara diberikan hadiah dan imbuhan duit raya sejumlah RM7500 setiap seorang kerana muncul sebagai Juara Piala Asia di Ipoh. Malah Chua sempat mengucapkan kata-kata yang penuh semangat semasa ditemubual oleh wartawan Nadi Arena, Bazli Azmi semalam kerana beliau berjuang habis-habisan demi mendapatkan gelaran juara dalam pertandingan itu.

…muncul juara piala Asia lebih penting daripada imbuhan RM7500 ini…”

Chua Boon Huat yang berasal dari Melaka memulakan karjaya sebagai pemain hoki seawal usia 17 tahun dengan pasukan hoki Malaysia dan pernah bermain bersama skuad senior kebangsaan untuk Temasya Sukan Komanwel pada tahun 1998. Mendiang seorang yang tidak banyak bercakap. Namun di raut wajahnya, dia seorang yang penuh karisma menurut wartawan Bazli Azmi yang sempat menemubual Chua sebelum ini.

ohtidak-kemalangan lagenda hoki negara-4

ohtidak-kemalangan lagenda hoki negara-5

OHTIDAK: R.I.P CHUA BOON HUAT. KEJAYAAN ANDA SENTIASA AKAN DIKENANG SAMPAI BILA-BILA.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *