ǹɱ°¸wisma boustead
Lagi kes kejadian pembunuhan bersenjata api yang berlaku di negara ini, menurut laporan media, mangsa Hussain Ahmad Najadi berusia 75 tahun yang berasal dari Bahrain adalah seorang Pengasas AmBank Group, ditembak mati di tempat letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur pada petang Isnin 29 Julai 2013

Beliau yang kini merupakan penduduk tetap Malaysia berjalan menuju ke keretanya bersama isteri apabila seorang yang bersenjata menuju ke arahnya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah belakang menyebabkannya terbunuh di tempat kejadian kira-kira pada jam 1.30 tengahari.

Saksi kejadian berkata pasangan itu terdahulu melawat kuil yang berada di hadapan tempat letak kereta untuk membincangkan sesuatu dengan seorang rakannya. Saksi yang tidak mahu namanya didedahkan berkata dia berada di gerai makan apabila seorang lelaki berjalan mendekati pasangan itu. Beliau ditembak di bahagian dada dan bahagian rusuk kiri, dan mati di tempat kejadian manakala isteri beliau menerima kecederaan di lengan.

ohtidak-pengasas-ambank-mati-di-tembak-56

“Kemudian saya mendengar bunyi beberapa das tembakan dan melihat pasangan itu tumbang. Saya berlari menyelamatkan diri apabila lelaki itu menuju ke arah saya,”

Dia berkata lelaki bersenjata itu yang memakai topi dan cermin mata hitam bergegas meninggalkan tempat kejadian menaiki teksi.

ohtidak-pengasas-ambank-mati-di-tembak-2

ohtidak-pengasas-ambank-mati-di-tembak-3

Kejadian tembakan itu berlaku selang beberapa hari selepas pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan ditembak di Bahau, Negeri Sembilan. Bulan lalu juga mencatatkan beberapa siri tembakan.

+ Video di lokasi kejadian

OHTIDAK: SETIAP HARI MESTI ADA KES ORANG MATI KENE TEMBAK. APA DAH JADI DENGAN NEGARA INI?

Related Posts

Terima Kasih

Oh! A. Samad Said Di Kehendaki Oleh Polis

Oh! Kekayaan ‘Bocor’ Kerana Kereta

Oh! 40,313 Ahli Kongsi Gelap Dan 49 Kumpulan Kongsi Gelap Didedahkan Oleh KDN

Oh! Penjelasan Isu “Rancangan Menghapuskan Sultan?”

Oh! Rancangan Menghapuskan Sultan?


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *