Hari ini tersebarnya satu gambar brochure menunjukkan sebuah kereta yang masih dirahsiakan Perodua iaitu Perodua Jaguh. Ianya dilihat sebagai sebuah kereta sedan yang akan diperkenalkan Perodua tidak lama lagi. Kereta Sedan? Perodua? Wah! Sesuatu yang amat dinanti-nantikan rakyat Malaysia terutamanya penggemar jenama Perodua.
Berkenaan nama ‘Perodua Jaguh’ tu, pada kami nama ini agak tidak komersil tapi jika ianya digunakan, mungkin lama kelamaan akan nampak ok apabila sudah biasa. Dan seperti yang diketahui ramai akan ‘hubungan sulit’ antara Perodua dan Toyota, Perodua Jaguh ini dilihat sebagai rebadge kepada kereta keluaran Toyota iaitu Etios.

Jika gambar ini adalah ‘fake’ mahupun ‘hoax’, maka ini membuktikan rakyat Malaysia memang mempunyai banyak masa terluang juga mempunyai daya kreativiti yang tinggi.
OHTIDAK: ANTARA JENAMA KERETA TEMPATAN YANG ADA, KAMI AMAT SUKA DENGAN PERODUA KERANA KUALITINYA YANG LEBIH BAIK. KALAU YA PEROUA AKAN KELUARKAN KERETA SEDAN, INI PASTIKAN AKAN MEMBERI IMPAK YANG HEBAT KEPADA JENAMA LAIN.
Update 30 Julai 2013: Dari sumber yang dipercayai adalah dipercayai ianya adalah sekadar ‘hoax’ sahaja. Jadi terbukti memang rakyat Malaysia terlalu banyak masa terluang. Aduhai!
Comments