ohtidak-genting-twentieth-century-fox

Baru-baru ini ada diumumkan Genting Malaysia Bhd. akan melabur sejumlah lebih RM400 juta untuk membina Taman Tema Twentieth Century Fox pertama di dunia bagi menggantikan taman tema lama di Resort World Genting, Genting Highlands. Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Lim Kok Thay, berkata, pelaburan bagi taman tema itu adalah sebahagian daripada program pengubahsuaian Resort World Genting yang melibatkan kos RM3 bilion yang merangkumi pembinaan 1,300 bilik hotel tambahan bersebelahan Hotel First World.

“Pembangunan taman tema berjenama Twentieth Century Fox ini merintis jalan bagi pertumbuhan perniagaan dinamis yang berterusan dan untuk memastikan Resorts World Genting terus menjadi destinasi luar biasa bagi pelancong di dalam dan luar negara.

Lim berkata taman itu yang dijadualkan siap pada 2015 akan menggandakan bilangan pengunjung daripada 20.5 juta setahun sekarang. Beliau berkata taman yang akan dibina di atas tapak seluas 10 hektar itu, akan menampilkan lebih 25 permainan dan tarikan.

Genting akan menutup taman tema luar (bukan semua) pada 1 September tahun ini bagi pembinaan taman tema yang baru. Tahun lepas, Resorts World Genting menerima kira-kira 20.5 juta pengunjung, dan jumlah itu dijangka meningkat pada tahun 2016 apabila taman tema baru dengan permainan dan tarikan berdasarkan filem-filem seperti Ice Age, Life of Pie, Alien, Predator and Night At The Museum akan dibina.

Ini adalah Taman Tema Twentieth Century Fox yang pertama di dunia jadi Malaysia adalah negara bertuah kerana dipilih untuk menjadi yang pertama mempunyai Taman Tema Twentieth Century Fox ini.

OHTIDAK: BAGUS KERANA IANYA MAMPU MENARIK LEBIH RAMAI PELANCONG DATANG KE MALAYSIA SEKALIGUS MEMBERIKAN KEUNTUNGAN KEPADA NEGARA. TAPI RISAU BILA TENGOK GENTING TU. TERINGAT BERAPA LAMA LAGI IANYA MAMPU BERTAHAN DENGAN PELBAGAI BINAAN DI ATAS TU.

Related Posts

Oh! Koleksi Rumah Terbuka Stesen Minyak. Hanya 20 Sen!

Oh! Yamaha 135LC Custom

Oh! Ubah Tong Sampah Menjadi Rumah

Oh! Perdana Menteri Memandu Teksi?

Oh! Barang Kemas Orang Kaya

“Syukur Anak Saya Selamat dan Terima kasih Kepada Semua” – Ibu Wan Aisyah


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *