Categories
Editorial

Oh! Toyota Vios 2013

ohtidak-toyota-vios-2013-2

Toyota Vios baharu dikatakan akan dilancarkan di Malaysia pada bulan September atau Oktober 2013 ini. Vios yang lebih popular dengan panggilan “Dugong” kerana rekaannya kini hadir dengan rekaan yang menerima perubahan yang agak drastik. Toyota Vios baharu ini telah mula tiba di Malaysia dan akan tetapi masih disimpan lagi untuk proses pembelajaran krew mereka yang terlatih.

Bagaimana dengan rekaan Vios terbaru ini? Tiga gambar di bawah ini merupakan Vios 2013 yang di bawa masuk ke Malaysia manakala gambar-gambar selain dari 3 di bawah ini adalah gambar pemasaran untuk Vios 2013 di Thailand yang sudahpun dilancarkan.

Photo 28-07-2013 16 55 38

Photo 28-07-2013 16 55 56

Photo 28-07-2013 16 55 44

Rekaan luaran Vios baru ini kelihatan banyak garis-garis yang kasar sekaligus menjadikan Vios baru ini nampak lebih garang dijalanraya biarpun sejujurnya pada kami rekaan Vios ini masih tidak dapat menandingi rekaan kereta dari Korea yang semakin mendapat tempat di hati pengguna.

Photo 28-07-2013 16 55 50

Rekaan dalam Vios baharu ini mengingatkan kami tentang rekaan Proton Preve tetapi kelihatan jauh lebih kemas. Panel meter yang sebelum ini berada di tengah-tengah, kini dialihkan ke tempat asalnya. Apapun rekaan meter untuk Vios baharu ini mengingatkan kami akan rekaan panel Kia Forte yang berada di pasaran Malaysia sejak 3 tahun lalu lagi.

Rekaan panel meter pada Kia Forte Koup
Rekaan panel meter pada Kia Forte Koup

Sejujurnya tak sabar tunggu Vios baharu ini dilancarkan jadi kita dapat tengok depan-depan dengan mata sendiri berbanding dengan melihat hanya dari gambar. Tetapi agak mengecewakan bagi kami apabila kereta ini untuk model ‘lower-end’ E dan J hanya dilengkapi dengan 5-speed dan 4-speed manual manakala model yang lebih tinggi seperti model G dan S hanya didatangkan dengan 4-speed auto sahaja. Perkara ini amat mengecewakan memandangkan pelbagai kereta terkini di pasaran hari ini semuanya datang dengan 6-speed ataupun lebih.

Begitu juga dengan faktor keselamatan, semua model Vios 2013 ini hanya dilengkapi dengan 2 air-bags sahaja dan tidak seperti kereta terbaru dipasaran ketika ini yang telahpun dilengkapi 4 dan 6 air-bags.

ohtidak-toyota-vios-2013-4

Nampaknya Toyota masih berani membawa masuk Vios baharu ini dengan features dan safety yang amat rendah kerana mereka amat yakin kereta ini tetap akan laris dijual memandangkan rakyat Malaysia hanya mementingkan badge dan jenama berbanding apa yang sebenarnya lebih baik untuk mereka di luar sana sedangkan keselamatan merupakan faktor paling penting untuk keselamatan diri dan keluarga.

Bagi kami Vios baru ini masih tetap ‘kosong’ sama seperti dahulu cuma yang berbeza hanya rupa bentuknya sahaja.

Apa pandangan anda tentang Toyota Vios baharu ini?


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *