Categories
Sengal

Oh! Isu Empat Finalis Miss Malaysia World Beragama Islam

ohtidak-miss-malaysia-2

Dalam bulan Ramadhan penuh mulia ni, tiba-tiba timbul lagi satu isu yang menyakitkan hati ramai orang. Isu tentang bagaimana empat orang peserta akhir Miss Malaysia World yang beragama Islam MUNGKIN akan dibenarkan bertanding semula. Peserta yang join tu tak payah susah-susah nak ukur tahap mana pemikiran mereka tapi penganjur pun patutnya lebih peka akan hal ini. Mungkin ya pihak anda boleh benarkan mereka memakai kain berbanding bikini, tapi itu sahaja ke yang ada dalam penganjuran tersebut?

Kami petik keratan artikel dari sebuah tabloid tempatan untuk anda rujuk;

PETALING JAYA: Empat finalis beragama Islam yang digugurkan daripada menyertai pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World mungkin akan dibenarkan bertanding berikutan kajian semula yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali mengesahkan beliau telah mengadakan pertemuan rasmi dengan penganjur pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013, Datuk Anna Lim, pada Khamis bagi membincangkan kemungkinan wanita beragama Islam bertanding dalam pertandingan ratu cantik.

“Saya belum membuat keputusan lagi. Tetapi saya akan mengumumkan keputusan kepada umum minggu depan,” kata Che Mat semasa menjawab panggilan telefon ringkas dengan Star Online.

“Keempat-empat wanita Muslim mungkin mempunyai peluang untuk dipanggil semula dan mengambil bahagian dalam Miss Malaysia World 2013,” kata Lim yang berkomunikasi dalam satu mesej teks.

Tetapi beliau berkata sebelum apa-apa keputusan dibuat, beliau perlu menunggu pengumuman Che Mat berhubung keputusannya.

“Mesyuarat itu berhasil dan pengumuman mungkin boleh dibuat pada awal minggu depan,” katanya.

Lim menjangkakan pengumuman akan dibuat sama ada hari Isnin atau Selasa akan datang. Pertandingan peringkat akhir Miss World tahun ini akan diadakan di negara jiran, Indonesia. Lim berkata peserta beragama Islam di Indonesia dibenarkan untuk bertanding dalam pertandingan ratu cantik. Beliau berkata peserta Islam tidak perlu memakai bikini sebaliknya mereka akan memakai kain. – VICTORIA BROWN (Mstar)

ohtidak-miss-malaysia-1

Jadi apa pandangan anda berhubung hal ini?


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *