ohmedia-mind-magic-1

Kami di Oh! Media Production dengan kerjasama Kaio Studio baru-baru ini telah ke beberapa tempat awam di sekitar Kuala Lumpur untuk mendemonstrasikan persembahan silap mata yang diacarakan oleh Asia’s Professional Mentalist & Magician, Chris Cheong.


Persembahan silap mata adalah sesuatu yang sukar untuk dilihat di Malaysia sedangkan ianya mampu menarik minat sesiapa sahaja dalam pelbagai lapisan umur. Kami di Oh! Media bersama Chris Cheong cuba menaikkan semula persembahan silap mata ini dan mengharapkan anda yang menonton terhibur.


Jangan lupa untuk menonton sendiri dan melihat keajaiban dunia silap mata di Facebook Oh! Media dan juga channel Youtube kami pada setiap hari Jumaat malam.

Jika anda telah selesai menonton Oh! Media Mind & Magic Episod 1, dihujung video Chris ada mempamerkan aksi menghilangkan sebatang rokok dari tangannya. Jadi untuk episod pertama ini Chris akan mengajar anda bagaimana untuk menghilangkan sebatang rokok daripada tangan anda. Wow! Bunyi macam menarik bukan? Haha! Memang menarik dan menakjubkan bila dapat kenakan rakan-rakan yang lain. Jadi ikuti tutorial berikut:

Oh! Media Mind & Magic – Hilangkan Rokok!

Langkah Satu

ohtidak-mind-and-magic-tutorial-2

#1: Lekatkan soletape pada puntung rokok.

Langkah Dua
ohtidak-mind-and-magic-tutorial-1

#2: Lekatkan rokok pada ibu jari. (mengikut posisi seperti didalam gambar)

Langkah Tiga

#3: Pengang rokok seperti gambar di atas.

Langkah Empat

ohtidak-mind-and-magic-tutorial-4

#4: Perlahan-lahan buka tangan anda seperti gambar di atas. (Rujuk video jika anda kurang pasti)

Pastikan mangsa berada betul-betul dihadapan anda. Lihat! Sekarang rokok itu telah hilang dari pandangan mata!
ohtidak-mind-and-magic-tutorial-6

Jadi selamat mencuba kepada yang berminat. Ini baru episod pembukaan bagi rancangan ini. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton episod-episod seterusnya kerana Chris akan mempersembahkan lebih banyak trick silap mata yang pastinya akan membuatkan anda terngaga! Ingat, setiap hari Jumaat malam hanya di Oh! Media.

Magician: Chris Cheong
Krew: Aim, Kaio Studio, Sisi Azie, SharifahAishah Alhabshi.
Photographer (with thanks): Emc Enduro (Adly Safari)

OHTIDAK: JADI BAGAIMANA DENGAN EPISOD PEMBUKAAN KALI INI? TERUJA?

Related Posts

Oh! Media Mind & Magic – Episod 6

Oh! Media Mind & Magic – Episod 5

Oh! Media Mind & Magic – Episod 4

Oh! Media Mind & Magic – Episod 3

Oh! Media Mind & Magic – Episod 2


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *