Categories
Sengal

Oh! Isu Murid Makan Dalam Tandas (Kisah Sebenar)

ohtidak-makan-dalam-tandas-7

Heboh satu Malaysia tentang isu murid sekolah bukan Islam disuruh makan di dalam tandas sebuah sekolah. Kejadian ini melibatkan Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Pristana. Kisah tersebut sebenarnya adalah ‘misleading’ di mana telah memberikan salah erti dan paparan yang buruk akan apa sebenarnya yang telah berlaku.

ohtidak-makan-dalam-tandas-1

Kisah ini dipopularkan oleh sebuah blog bernama Amenoworld yang juga blog Pro Pembangkang. Kami pasti ramai yang nak tahu apa kisah sebenar yang telah berlaku. Wartawan dan juga blogger terkenal, Mazidul Akmal akhirnya tampil mendedahkan akan perkara sebenar yang telah berlaku.

Ikuti penjelasan berikut;

Saya ingin MEMPERBETULKAN dakwaan itu agar tidak berterusan menjadi FITNAH. Sumber daripada pihak bertanggungjawab memaklumkan kepada saya kira-kira 30 minit tadi. “Gambar dirakamkan oleh keluarga pelajar itu kini tersebar di internet BUKAN bilik air tetapi BILIK PERSALINAN telah dinaiktaraf oleh pihak sekolah. Bilik sama dilengkapkan dengan dua meja serta beberapa sinki untuk memudahkan pelajar bukan beragama Islam membasuh tangan mereka,” ujar sumber.

“Mengapakah mereka tidak makan di kantin?,” soal saya.

ohtidak-makan-dalam-tandas-6

“Kantin sekolah ditutup sejak hari pertama bulan Ramadan kerana kerja menggantikan pintu kayu dengan pintu kaca. Pihak pengurusan sekolah bimbang jika dalam proses pembinaan itu, mungkin pelajar menggunakan kantin akan tercedera,” jawabnya.

Gambar dipaparkan oleh blogger pro pembangkang itu seharusnya diteliti dan disiasat kesahihannya. Jika benar pelajar makan di bilik air, mengapakah perakam tidak memuatkan gambar mangkuk tandas? Bukankah gambar sebegitu LEBIH tragis sekaligus menjahanamkan imej sekolah majoriti tenaga pengajarnya berbangsa Melayu?

Saya difahamkan, selain pelajar Melayu, Sekolah Rendah Kebangsaan, SRK Seri Pristana, mempunyai 23 pelajar berketurunan India dan 3 Cina. Sekolah terbabit terletak berhampiran Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Kes ini telah saya maklumkan kepada kakitangan Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan diketahui oleh Pengarah Pendidikan Selangor.

Bukankah molek JIKA blogger Amenoworld terlebih dahulu mendapatkan penjelasan daripada pihak terbabit. Alhamdulillah, saya telah menghubungi pihak berkaitan sebelum memaparkan entri ini.

Bilik air dan bilik persalinan, berbeza.

Respon dari orang ramai yang pernah ke sekolah ini juga menjelaskan bahawa bilik ini adalah bilik persalinan dan bukannya toilet. Apakah teruknya bilik persalinan dan tandas pun tak boleh nak dibezakan. Kalau ada mangkuk tandas, itu toilet dan kalau tiada, itu bilik persalinan.

“Anak saya bersekolah di sini. Isteri saya pernah lalu di bilik ini. Ini bukan tandas tetapi adalah bilik salin pakaian setelah murid-murid habis jasmani.“ – Reza

1078984_10200922888849136_878836039_o

Anak kepada pengetua sekolah ini juga tampil meluahkan rasa hatinya yang amat kecewa atas segala tuduhan tidak berasas yang telah tersebar. Ianya ibarat jatuh hukuman tanpa bicara. Luahan hati tersebut dapat di baca di sini.

Kepada pembaca Oh! Tidak, silakanlah ke blog saudara Mazidul Akmal untuk mengikuti penjelasan lebih jelas berkenaan isu yang berlaku ini. Jadi apa pandangan anda selepas mengetahui akan hal sebenar isu ini? Kami rasa ianya bukan satu isu yang besar dan ianya menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk mengelakkan sesuatu yang berbahaya terjadi kepada pelajar mereka. Apa kata anda?

OHTIDAK: POPULAR SUDAH SEKOLAH NI TAK PASAL-PASAL.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *