Seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun meninggal dunia akibat terperangkap di dalam kenderaan ibunya di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4. Dalam kejadian tersebut, Nawal Iris binti Samsudin terperangkap di dalam kereta ibunya hampir 7 jam bermula ketika ibunya, Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim ke sekolah untuk menghadiri meeting jam 11 pagi dan terus menjadi tenaga pengajar bagi sesi petang di sekolah tersebut. Si ibu hanya mengetahui tentang anaknya apabila kembali ke kereta jam 5:30 petang.

Kebiasaannya, adik Nawal Iris dihantar ke pusat asuhan tetapi sehari dua ini, dia dijaga oleh makciknya iaitu adik perempuan Zatusy Hazwa manakala si suami outstation. Pada pagi sebelum kejadian, Nor Zatusy menghantar adik perempuannya itu ke Airport Subang dan terus bergerak ke sekolah bagi menghadiri mesyuarat. Kebiasaan harian yang dilalui mungkin membuatkan si ibu menyangka anaknya berada di Nursery pada ketika itu dan mungkin sudah ditakdirkan boleh langsung si ibu tak ingat dan tidak perasan anaknya ada di tempat duduk belakang kerana dan sedang tidur.

Sewaktu mangsa ditemui, mangsa telahpun kebiru-biruan dan kaku. Baju mangsa juga koyak-rabak mungkin kerana kepanasan dan teddy bear yang ada bersama mangsa juga basah kuyup dengan peluh dan air mata. Mangsa dikejarkan ke Klinik Kok USJ 4 dan doktor mengesahkan mangsa telahpun meninggal dunia. Jenazah adik Nawal Iris di bawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

ohtidak-nawal-iris-meninggal-dunia

Tak mampu kita nak bayangkan seorang budak 3 tahun terkurung dalam kereta dari pukul 11 pagi sampai 5 petang dengan suhu panas terik dan kurangnya pengudaraan tentu cukup menyeksakan. Takziah kepada keluarga adik Nawal Iris. Syurga menanti untukmu adik.

Psst! Penulisan di atas tadi merupakan olahan semula dari penulis Oh! Tidak melalui satu laporan polis yang kami terima berkenaan kes ini.

OHTIDAK: JADIKANLAH APA YANG BERLAKU INI SEBAGAI SATU TAULADAN AGAR JANGAN KERANA KECUAIAN KITA, NYAWA ANAK MELAYANG.

Related Posts

Oh! Tiga Angota Polis Trafik Maut

Oh! Kemalangan Dahsyat di Kulim

Oh! Kemalangat Maut Bas Sekolah di Jalan Sandakan

Oh! Ibu ‘jemput’ anak di HKL, bukan di stesen komuter

Oh! Kemalangan Bas Terjun Gaung Di Genting Highlands

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *