Categories
Ada Apa?

Oh! Vivian Dan Alvin Di Tangkap

ohtidak-alvin-vivian-kene-tangkap

Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee yang menghina agama Islam dengan memuat naik gambar makanan haram sebagai juadah berbuka puasa dalam Facebook baru-baru ini, akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta, hari ini.

image
Mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan atau pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata mereka akan menghadapi tiga pertuduhan mengikut Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia.“Alvin dan Vivian akan tampil di Mahkamah Jalan Duta esok (hari ini) selepas siasatan ke atas mereka selesai dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Di bawah akta itu, mereka yang disabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dua hingga lima tahun serta denda tidak kurang RM5,000 atau kedua-duanya.

image

Pasangan itu yang juga bekas penuntut National University of Singapore (NUS) didakwa mempersendakan Ramadan dengan memuat naik gambar dalam laman sosial Facebook mereka menikmati hidangan dengan keterangan gambar ‘Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi), wangi enak dan menyelerakan’ berserta logo halal.

image

Tindakan mereka bukan saja menimbulkan kemarahan umat Islam, malah mendapat tentangan kaum Cina sehingga Pengerusi Social Care Foundation, Tan Sri Robert Phang, menyifatkan tindakan mereka melampau dan menyentuh sensitiviti umat Islam.

OH! TIDAK: PASANGAN KEMARUK SEKS, MEMALUKAN KAUM DAN NEGARA. BYE BYE FOREVER


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *