Categories
Gila

Oh! Saya Hina Agama Islam

Baru beberapa hari yang lalu kita dikejutkan dengan berita pergaduhan di Klang yang membabitkan golongan remaja melayu dan india. Belum sempat kes itu reda, sekarang muncul lagi satu kes yang membabitkan pemuda cina pula.

image

Mangsa Ng Mun Tatt, 24, diculik di hadapan sebuah restoran di Taman Sri Muda, Shah Alam. Mangsa telah di pukul oleh 8 lelaki melayu menaiki Toyota Alphard kemudian di humban di Lebuhraya DUKE dalam keadaan bogel. Mangsa diculik dan dipukul dipercayai pihak Polis sebagai salah satu balas dendam ke atas apa yang dilakukan Alvin & Vivian baru-baru ini yang menaikkan kemarahan rakyat Malaysia. Bukan sahaja yang beragama Islam, malah kaum Cina dan India sendiri menempelak tindakan biadap pasangan seks itu.

image

Boleh dikatakan remaja berbangsa Cina ini menjadi mangsa keadaan atas tindakan tidak berotak orang lain. Semasa kejadian, remaja berbangsa Cina itu sedang makan bersama teman wanitanya sekitar pukul tiga pagi sebelum dilarikan. Bagaimanapun, teman wanita mangsa tidak dilarikan dan tidak diapa-apakan. Kereta yang menggunakan nombor pendaftaran palsu itu melarikan mangsa ke kawasan hutan sebelum ditinggalkan di Lebuhraya Duke, berhampiran susur masuk ke Setiawangsa, dalam keadaan bogel.

image

Mangsa mendakwa, badannya diconteng oleh suspek kerana perbuatan remaja Cina itu yang mengaku “Menghina ummat islam dan orang melayu di laman sosial Facebook dan Twitter”. Apapun dikatakan mangsa juga mengaku ada mencampakkan bangkai babi di hadapan rumah dan surau orang Islam yang menjadi sasaran untuk tercetusnya ketegangan kaum dan agama. Menurut sumber, sehingga kini hanya satu laporan polis dibuat oleh orang awam yang menemui mangsa.

Polis kini telah membuat tangkapan kepada 4 orang lelaki di Ampang, Bukit Jalil dan Petaling Jaya bagi membantu siasatan kes ini.

OH! TIDAK: KESIAN DIA, KORANG PUKUL DIA LEPAS TU CAMPAK TEPI HIGHWAY BUAT APA? BIARLAH ORANG BUAT KITA JANGAN KITA BUAT ORANG. RASULULLAH DULU SAMPAI TAHAP DIBALING NAJIS TETAP BERSABAR DALAM MENYEBARKAN AGAMA ISLAM. RASULULLAH TAK PERNAH AJAR KITA BERTINDAK BEGINI.

UPDATE: Kami merasa simpati kepada 4 orang pelaku yang memukul seorang lelaki berbangsa Cina baru-baru ini yang mungkin berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup ataupun gantung sampai mati. Jadikan ini sebagai pengajaran.

ohtidak-saya-hina-islam-paper


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *