Memandu kereta terutamanya di Kuala Lumpur pastinya menguji kesabaran sesiapa sahaja. Terlalu bertimbang-rasa, maka kita akan dipijak-pijak oleh orang lain. Tidak bertimbang-rasa pula, tiada bezalah antara kita dan pemandu jenis ini. Alangkah bagusnya jika semua pemandu mempunyai sikap bertimbangrasa kepada pengguna jalanraya yang lain. Kereta besar otak kecik pun nak buat apa.

Dari email yang kami terima,

Hai oh!Media,

Selepas membaca satu entri dalam ruangan sengal tentang sikap segelintir pemandu yang kurang ajar di Malaysia ni, saya terpanggil untuk berkongsi cerita tentang pemandu WANITA yang kurang ajar pula.

Kes 1:
Saya tak ingat bila tapi berlaku pada 3-4 bulan yang lalu. Seorang pemandu wanita melayu menunjukkan isyarat F*** setelah kereta yg dipandu oleh sahabat saya keluar dari simpang ke jalan besar yang sememangnya sentiasa sibuk. Kereta jenis kembara plat nombor WKC **** pada masa tu masih jauh. Tapi apabila nampak kami mula keluar dari simpang, tiba-tiba dia memecut keretanya hingga rapat dgn kereta kami, menghimpit kereta di lorong kanan kemudiannya memotong kereta kami tanpa menghiraukan pengguna jalan raya yg lain. Sudahlah memandu secara merbahaya dan melulu, lesen pun masih lagi lesen P. Kami memberi laluan kerana malas nak ambil pusing dengan sikap pemandu seperti itu. Apabila berada dihadapan kami, kami dapat melihat dia menunjukkan isyarat tersebut melalui rear mirror. Sangat memalukan rasanya bila seorang wanita membuat isyarat begitu kepada wanita lain.

Kes 2:

ohtidak-pemandu-biadap

Berlaku Selasa lalu (2/7/2013) lebih kurang jam 5.25pm. Kereta seperti di dalam gambar yang dilampirkan, yang dipandu oleh seorang perempuan cina tiba –tiba menghimpit kenderaan saya di sebatang jalan yang sempit dan sesak. Memang saya tidak memberi ruang kerana saya sendiri sudah terlalu rapat dengan kereta di hadapan dan tak mungkin dia dapat lepas. Pada masa tu kedudukan kereta saya sendiri pun sangat rapat dengan kereta di hadapan dan ruang di sebelah kanan saya sangat sempit. Semua kenderaan terpaksa beratur dan bergilir-gilir untuk masuk ke jalan dihadapan. Dalam keadaan itu, dia terus menghimpit kereta saya dan marah-marah dengan memberi berbagai-bagai isyarat yang tak jelas sedangkan dia datang dari belakang dan memotong barisan. Saya membuat isyarat supaya dia beratur. Apabila dia berada di belakang kereta saya, dia mula mengeluarkan hp dan menangkap gambar dan no plat kereta saya. Apabila sampai di jalan yang agak lebar berhampiran trafik light, sy memperlahankan kereta sy dan memberinya laluan. Memang sengaja sy buat macam tu sebab sy nk ambil gambar kereta dia pula sebagai cover. In case terjadi apa-apa di masa depan.

Sekian. Saya Cuma ingin berkongsi cerita tentang pemandu wanita yg kurang ajar seperti ini. Saya juga bukanlah seorang pemandu yg sangat berhemah tapi yg penting kita jangan kurang ajar.

Dari: Omar & Emmy Osmera

—- email berakhir —-

OHTIDAK: PENGALAMAN MEMANDU KAMI DI JOHOR BAHRU TIADA SEBARANG MASALAH TAPI SEJUJURNYA TIMBUL RASA CUAK BILA MEMANDU DI IPOH, PERAK. MEREKA JAUH LEBIH HARDCORE DARI KL JIKA MENGIKUT PENGALAMAN KAMI.

Related Posts

Oh! Ron95, Diesel Naik 20 Sen Tengah Malam Ini

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap

Oh! Kes Baling Batu Dari Jejantas Taman Connaught

Oh! Melayang Gaya Epic Ketika Mencuri Minyak

Oh! Isu Empat Finalis Miss Malaysia World Beragama Islam

Oh! Isu Murid Makan Dalam Tandas (Kisah Sebenar)


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *