Categories
Editorial

Oh! Honda Civic Generasi Ke-9

ohtidak-honda-civic-9th-gen


Tiada seorang pun rakyat Malaysia yang tidak mengenali kereta Honda Civic, bermula dari generasi pertama hingga ke generasi ke lapan. Hampir setiap rakyat Malaysia mahu memilikinya. Setelah 41 tahun bertapak di Malaysia, kini Honda memperkenalkan Honda Civic Generasi ke-9.

Honda Civic Generasi ke-9 ini dilengkapi dengan teknologi terkini, bagi memastikan tahap keselamatan pemandu dan penumpang berada di tahap paling selamat.  Ia dilengkapi dengan sistem seperti Anti-lock Breaking System (ABS), Vehicle Stability Assist (VSA), SRS Air Bag bahagian sisi  dan depan serta Motion Adaptive Electric Power Steering (EPS) yang dapat membantu mengelakkan pemandu daripada situasi “oversteer atau understeer”.

2012 Honda Civic EX-L Sedan

Sistem terbina di dalam seperti GPS, memudahkan lagi pemandu untuk pergi kemana-mana tanpa perlu risau jika tersesat jalan. Sambungkan telefon anda pada sistem Bluetooth,  anda boleh terus membuat pangilan atau menjawap pangilan telefon secara terus sewaktu memandu. Tak lupa juga Honda Civic generasi ke-9, tidak lagi mengunakan kunci. Sebaliknya ia mengunakan sistem “Push to start” dan ia adalah generasi yang pertama di dalam kelasnya yang mengunakan sistem “Keyless Smart Entry” ini.

ohtidak-honda-civic-9th-gen-panel-meter

Malah ianya juga direka dengan bentuk yang lebih cantik berbanding dengan generasi sebelumnya. Reka bentuk yang berkonsepkan “futuristic & distinctive compact” membuatkan ia tampil lebih menarik dan padat, namun di bahagian dalam masih terasa luas. Apatah lagi apabila Civic Generasi ke-9 ini menjanjikan pemanduan yang lebih selamat, keselesaan ketika memandu dan penjimatan petrol.

ohtidak-honda-civic-9th-gen-steering

ohtidak-honda-civic-9th-gen-cabin
Civic adalah kenderaan pertama  jenis enjin  petrol dilengkapi dengan sistem “Eco Assist Fucntion”atau lebih dikenali dengan nama ECON.  Ia adalah sistem yang dapat membantu anda, memandu dengan lebih cekap.  Kadar pengunaan bahan bakar bergantung dengan cara kita memandu, di sinilah ECON memainkan peranan yang penting. Iaitu dengan memberitahu pemandu sama-ada gaya pemanduanya dapat menjimatkan petrol atau tidak.

Lampu ambient di panel instrument akan bertukar warna mengikut gaya pemanduan pemilik. Semakin hijau warnanya semakin banyak petrol dapat dijimatkan. Jika ia berubah kepada warna biru, itu bermakna gaya pemanduan anda kurang efisyen serta pengunaan petrol yang lebih banyakl. ECON juga terdapat di dalam mode yang lain, di mana  ia akan mengurangkan kuasa pecutan, penukaran gear dan mengoptimumkan sistem penghawa dingin dengan tujuan meningkatkan kecekapan pengunaan bahan bakar.

ohtidak-honda-civic-9th-gen-econ-mode

Panel meter dan info-info lain seperti paras kandungan minyak, amaran, panel jam, alat kawalan suara  serta info-info penting yang lain direka dan disusun rapi agar sejajar dengan aras pandangan mata, bagi memastikan pemandu tidak perlu mengalihkan pandangan sewaktu memandu.  Latar belakang panel meter ini juga boleh di ubah mengikut kehendak pemilik.

ohtidak-honda-civic-9th-gen-push-to-start
Civic generasi ke-9 ini di kuasakan dengan enjin SOHC i-VTEC bagi enjin 1.8, 2.0, dan 2.0S. Masing-masing berupaya melepaskan sehingga 155PS bernilai kuasa revving mentah, namun ia dapat mengurangkan pengunaan bahan bakar dan masih mengekalkan kuasa pecutan.

ohtidak-honda-civic-9th-gen-2.0-engine

Selaku perintis kenderaan jenis hybrid di Malaysia,  Civic juga di datangkan dengan enjin berkuasa hybrid 1.5L SOHC i-VTEC + IMA, dengan jangka hayat bateri yang telah dinaik-taraf, dan di beri jaminan selama 8 tahun. Kos untuk servis dan baik-pulih kenderaan jenis hybrid adalah sama seperti kenderaan konvensional. Jadi usah risau untuk memiliki sebuah kereta hybrid, ianya lebih mesra alam dan lebih jimat dalam pengunaan petrol.

ohtidak-honda-civic-9th-gen-blogger-drive-9

Tiba-tiba je kami jadi pakar kereta, mesti korang pelik. Haha! Sebenarnya kami telah menghadiri Event Blogger Drive di publika Kuala Lumpur, Team kami (Arif Shah, Samual dan Aim) telah diberi taklimat yang lengkap mengenai kereta Honda Civic generasi ke-9 sebelum memandu-uji kenderaan ini. Flag off bermula di Publika Kuala Lumpur, dan kami terus menuju ke Desa Park City untuk melenjan kereta ini sepuas-puasnya.


Sebanyak tiga trek telah siap dibina di sini. Trek pertama untuk menguji keberkesanan Auto-Breaking System (ABS), trek kedua pula untuk menguji kesetabilan kereta dan kelancaran stering panduan (Motion Adaptive Electric Power Steering) sewaktu mengambil selekoh tajam pada kelajuan tinggi dan trek ketiga ialah untuk menguji tahap keberkesanan Vehicle Stability Assists (VSA) yang direka untuk mengelakkan berlakunya “oversteer atau understeer”.

Apa yang boleh kami katakan di sini. Kereta ini memang awesome! kerana ia mampu mengurangkan proses pembakaran minyak tetapi masih mengekalkan kuasa enjin, selain daripada itu pemanduan yang selesa serta ia mempunyai sistem keselamatan yang terbaik di dalam kenderaan kelasnya. Overall SuperB! Terima Kasih kepada pihak Honda untuk pengalaman yang tak mungkin dapat kami lupakan.

Untuk makluman, Honda Civic Generasi Ke-9 ini dijual pada harga bermula RM115,980 dan versi Hybrid pula bermula pada harga RM119,980. Layari web Honda Malaysia untuk pelbagai info menarik berkenaan kenderaan segmen-C ini.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *