The Liger adalah kacukan hibrid antara singa jantan (Panthera leo) dan harimau betina (Panthera tigris). The Liger dipercayai adalah kucing terbesar yang diketahui di dunia. Kepanjangan Liger jantan boleh mencecah sehingga 3.0m – 3,5m.
Liger ialah kacukan singa jantan (Panthera leo) dan harimau betina (Panthera tigris), oleh itu induk-induknya memiliki gen yang sama tetapi berlainan spesiesnya. Nama “liger” berasal dari perkataan Inggeris lion dan tiger.
Liger mewarisi sifat kedua-dua spesies induknya, termasuklah kebolehan berenang dari harimau dan gemar bersosial seperti singa. Sungguhpun demikian, liger sering menghadapi pelbagai risiko kesihatan dan bermacam-macam masalah lain.
OH TIDAK: KALAU ANJING + KUCING JADI APE PLAK? ANCING? HAHA! MACAM-MACAM DUNIA SEKARANG NI.
Comments