Categories
Ada Apa? PSA

Oh! Jerebu Terburuk di Malaysia

ohtidak-jerebu-di-malaysia

Sekali lagi Malaysia menjadi mangsa jerebu akibat hutan yang terbakar di Sumatera dan juga satu kebakaran kecil hutan di Serdang. Ini tentunya satu pengajaran kepada manusia agar tidak rakus dalam mengaut-keuntungan hingga mengabaikan keadaan alam sekitar.

Hari ini (23 Jun 2013), dua tempat di belah selatan tanahair telah diisytiharkan Darurat iaitu di Daerah Muar dan Ledang di mana kedua-dua tempat ini mencatatkan IPU setinggi 750. Kalau dah tinggi macam ni, pandang luar tingkap memang dah tak nampak apa lagi dah.

Berikut adalah penjadulan bagaimana keadaan IPU dikategorikan.

0 – 50 Baik
51 – 100 Sederhana
101 – 200 Tidak sihat
201 – 300 Sangat tidak sihat
301 – 400 Berbahaya
401 – 500 Sangat berbahaya
Lebih 501 Darurat

Kalaulah ada kipas sebesar ini, senang kerja arahkan balik jerebu ni pergi ke Sumatera ye tak? Hehehe.

ohmedia-jerebu

Apapun orang ramai dinasihatkan untuk mengurangkan sebarang aktiviti luar dan jika perlu, gunakan penapis pernafasan dan banyakkan juga meminum air.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *