Categories
Editorial

KeretaMoto.com : Sumber Automotif Utama Anda

New Kawasaki Z250

Adakah anda seorang peminat dunia automotif dan seringkali melayari internet untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenainya? Boleh jadi juga anda seorang peminat kereta dan pada masa yang sama turut meminati motosikal. Bagi anda yang selalu dahagakan perkembangan semasa dunia automotif tempatan dan antarabangsa, sudah pasti anda memerlukan sumber maklumat yang pantas dari internet, dan salah satu caranya ialah dengan membaca blog-blog automotif sama ada tempatan mahu pun antarabangsa.

Tetapi blog automotif manakah yang mampu memberikan anda sumber maklumat yang tepat dan pantas, terutamanya dalam melaporkan perkembangan semasa mengenai pelancaran setiap model kereta dan motosikal terbaharu di pasaran tempatan mahu pun di peringkat antarabangsa? Paling penting bagi anda ianya perlulah di sampaikan di dalam Bahasa Melayu sepenuhnya kerana setiap maklumat dan fakta boleh anda fahami dengan mudah dan jelas. Jika anda masih tercari-cari sebuah blog tempatan dengan ciri-ciri yang disebutkan tadi dengan tema utamanya adalah berkaitan kereta dan motosikal, di sini kami mempunyai jawapannya.

Secara rasmi, kami memperkenalkan sebuah blog automotif tempatan dengan nama yang unik dan mudah diingati; KeretaMoto.com.

Screen Shot 2013-06-21 at 4.53.36 AM

Web KeretaMoto.com adalah sebuah blog yang ditulis di dalam Bahasa Melayu sepenuhnya dan diuruskan oleh seorang Admin yang sangat berdedikasi. Paling penting beliau adalah seorang peminat tegar kereta dan motosikal, serta mempunyai pengalaman luas mengenai dunia automotif sejak hampir 20 tahun yang lalu. Pada kami, beliau juga mempunyai bakat semulajadi dalam menulis artikel berkaitan dunia automotif, anda boleh pastikannya dengan melawat sendiri blog KeretaMoto.com. Kami akui bukannya mudah untuk menguruskan sebuah blog automotif berprofail tinggi seperti KeretaMoto.com tanpa bantuan sesiapa, tetapi kami kagum beliau mampu melakukannya.

Peugeot RCZ R

Menurut Admin blog KeretaMoto.com, beliau berhasrat untuk menjadikan blognya setanding dengan blog-blog terkenal lain, terutamanya bagi menyaingi blog automotif berbahasa Inggeris tempatan yang ketika ini boleh dikatakan mendominasi tumpuan khalayak pembaca di negara kita. Bagi kami di sini apabila kami menilai blog KeretaMoto.com sejak penubuhannya pada penghujung tahun 2012 yang lepas, kami dapati Admin yang menguruskan blog tersebut kini berada di landasan yang betul dalam mencapai citi-citanya. Penulisan beliau adalah konsisten, tepat dan padat. Jarang sekali kami dapat melihat sebuah blog automotif tempatan yang di tulis dalam Bahasa Melayu sepenuhnya diuruskan dengan begitu baik sekali.

Paling penting, kami sukakan penulisan beliau yang asli dan ditulis berdasarkan pemikiran dan kepakaran beliau sendiri. Beliau tidak pernah melakukan aktiviti ‘copy and paste’ hasil karya atau penulisan orang lain, sebaliknya tulisan beliau mempunyai ‘jiwa’ dan ‘gaya’ yang tersendiri, ciri-ciri yang sangat diperlukan untuk menjadi seorang penulis blog automotif berkaliber seperti beliau. Penampilan dan ‘layout’ keseluruhan blog KeretaMoto.com juga seharusnya dipuji. Ianya tersusun kemas dengan latar belakang berwarna putih dan fon huruf yang bersesuaian untuk memudahkan pembacaan, selain mempunyai ciri mesra pengguna dengan kemudahan untuk melihat setiap imej dan gambar yang dilampirkan di dalam setiap artikel yang ditulis.

Kia-001

Jika anda seorang peminat dunia automotif tempatan dan antarabangsa, juga seorang peminat dunia kereta dan motosikal, anda tidak mempunyai sebarang alasan untuk tidak menjadi seorang pembaca setia blog KeretaMoto.com. Kami memberikan penilaian 5-Bintang untuk blog ini dan kami pasti anda juga bersetuju dengan nya kan?. Bagaimanapun, untuk mendapatkan sendiri gambaran sebenar mengenai kehebatan blog KeretaMoto.com, tiada cara lain yang lebih baik selain anda sendiri melayari blog tersebut. Juga jangan lupa kongsikan pendapat anda mengenai blog KeretaMoto.com dalam ruangan komen di bawah.

Akhir kata, kami mengucapkan selamat maju jaya untuk blog KeretaMoto.com, semoga dunia blog automotif tempatan di negara kita bertambah meriah selepas ini.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *