ohtidak-viva-kemalangan-shah-alam-3

SHAH ALAM 16 Jun – Tiga daripada empat pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) maut selepas kereta Perodua Viva yang mereka naiki hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 14.5 Lebuh Raya Persekutuan di sini awal pagi ini.

Dalam kemalangan pada pukul 5.15 pagi itu, pemandu Adam Ab. Rahman bersama Ameer Asyraf Sulaiman dan Nurul Maizura Maidan yang duduk di bahagian penumpang belakang mati di tempat kejadian.

Bagaimanapaun, seorang lagi mangsa, Nurfarina Mokhtar yang duduk di sebelah pemandu bernasib baik apabila hanya mengalami cedera ringan.

Kesemua mangsa berusia 18 tahun dan mereka baru mendaftar masuk ke IPTA masing-masing dua minggu lalu.

Video:

Video ini tidak memaparkan dengan jelas kerana dilarang pihak Bomba untuk rakaman dilakukan. Rujuk description video untuk info penuh berkenaan video ini.

Adam merupakan pelajar Diploma Pengajian Sukan di Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang; Ameer (pelajar asasi jurusan perakauan di UiTM Shah Alam); Nurfarina (pelajar asasi Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua, UiTM Shah Alam) manakala Nurul Maizura (pelajar asasi Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia).

MANGSA-MANGSA yang meninggal dunia (gambar dari kiri) Adam. Ab. Rahman, Ameer Asyraf Sulaiman dan Nurul Maizura Maidan manakala Nurfarina Mokhtar (gambar kanan) tercedera.
MANGSA-MANGSA yang meninggal dunia (gambar dari kiri) Adam. Ab. Rahman, Ameer Asyraf Sulaiman dan Nurul Maizura Maidan manakala Nurfarina Mokhtar (gambar kanan) tercedera.

Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Deputi Superintendan Ruslan Abdullah berkata, ketika kejadian, empat sahabat tersebut dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur dari Shah Alam dipercayai selepas mengunjungi taman tema i-City di sini.

Utusan Malaysia/kosmo

Menurutnya, setiba di lokasi, kereta berwarna kuning terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan.

“Akibat daripada rempuhan kuat, bonet kereta yang terperosok di bawah pembahagi jalan rosak teruk dan dinding kereta sebelah kanan terkopak menyebabkan pemandu dan seorang penumpang wanita yang duduk di belakang tercampak keluar.

“Dua mangsa lagi ditemui dalam kenderaan tersebut namun seorang daripada mereka telah meninggal dunia kerana cedera parah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ruslan memberitahu, kesemua mangsa yang maut akibat cedera parah di kepala dan anggota badan manakala mangsa yang cedera ringan hanya luka serta lebam di muka. – UTUSAN ONLINE

ohtidak-viva-kemalangan-shah-alam-4

Takziah kepada keluarga mangsa. Berikut adalah sedikit pesanan untuk direnungkan bersama dari OH! Media.

Screen Shot 2013-06-16 at 8.32.22 PM

Related Posts

Oh! Tiga Angota Polis Trafik Maut

Oh! Kemalangan Dahsyat di Kulim

Oh! Kemalangat Maut Bas Sekolah di Jalan Sandakan

Oh! Ibu ‘jemput’ anak di HKL, bukan di stesen komuter

Oh! Kemalangan Bas Terjun Gaung Di Genting Highlands

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *