Saban hari, dunia semakin maju pelbagai kes pembunuhan kejam berlaku semakin kerap kita dengar. Kadang-kala tidak sanggup untuk berfikir apabila kanak-kanak kecil turut menjadi mangsa kekejaman manusia yang tidak berhati perut. Dalam setiap kes ada sebab tersendiri dan kenapa ia berlaku jawapannya hanya ada pada pembunuh itu sendiri.

Ikuti misteri 8 kes pembunuhan kejam yang sangat menyayat hati di Malaysia.

1. Mona Fendy – 23 Julai 1993
ohtidak-pembunuhan-kejam-malaysia-1

Penjenayah yang terkenal dengan senyuman yang ‘mengerikan’ ini telah membunuh dengan kejam ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris dengan mengerat Datuk Mazlan sebanyak 18 kerat. Mona bersama suaminya Nor Affandi Abdul Rahman dan pembantunya Juraimi Hassan telah disabitkan bersalah atas pembunuhan yang dilakukan.

2. Dr. Joe Fernandez – 4 November 2000
ohtidak-pembunuhan-kejam-malaysia-2

Pada 4 November 2000, kira-kira pukul 1.30 petang, Dr. Joe yang dalam perjalanan pulang ke rumah dan terperangkap dalam kesesakan jalan raya di persimpangan Jalan Maju dan Jalan Harapan dekat Bukit Mertajam . Kejadian berlaku di di Jalan Maju, Bukit Mertajam ketika dalam perjalanan makan di rumahnya di Taman Bukit , Bukit Mertajam , hanya 500 meter dari klinik beliau. Dua lelaki bermotosikal telah melepaskan tembakan ke atas kenderaan jenis Nissan Terrano yang dipandu oleh Joe Fernandez dan melarikan diri ke arah Sungai Rambai, Lunas , Kedah.Suspek itu dipercayai pembunuh upahan. Mendiang meninggal dunia akibat tembakan tepat di kepala dengan pistol jenis 38.

3. Noritta Samsuddin – 25 Disember 2003
ohtidak-pembunuhan-kejam-malaysia-3

Kes pembunuhan Eksekutif Akaun sebuah syarikat dan model sambilan sehingga ke hari ini masih lagi diselubungi misteri. Pembunuh sebenar Noritta Samsuddin masih belum terjawab. Meskipun Jurutera awan di sebuah badan kerajaan, Hanif Basree Abdul Rahman, 36, yang dituduh membunuh Noritta, 22, di Unit D-7-1, Kondominium Puncak Prima Galleria di Jalan 17, Sri Hartamas, antara 1.30 pagi dan 4 pagi pada 25 Disember 2003. ditahan dan dibicara, ternyata bukan Hanif yang membunuhnya. Hanif diistisyharkan mahkamah sebagai tidak bersalah dan terlepas hukuman gantung sampai mati akibat kekurangan bukti.

4. Canny Ong – 18 Jun 2003
ohtidak-pembunuhan-kejam-malaysia-4

Penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Li Kian diculik di pusat beli-belah di Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelum mayatnya yang rentung ditemui dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003.

5. Altantuyaa Shaariibuu – 27 November 2006
ohtidak-pembunuhan-kejam-malaysia-5

Wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibu, 28, dibunuh menggunakan bahan letupan C4 di Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006. Siasatan awal mendapati Abdul Razak Baginda , Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar terlibat secara aktif. Mereka dari Unit Tindakan Khas Kementerian Pertahanan dan penganalisis keselamatan antarabangsa. Namun, siapa sebenarnya pembunuh Wanita cantik ini masih lagi belum terjawab sehingga ke hari ini.

6. Nurin Jazlin Jazimin -30 Ogos 2007
Undated handout photo shows Malaysian girl, Nurin, who was reported missing after she went alone to a night market in Kuala Lumpur

Nurin Jazlin Jazimin, 8, dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. Mangsa dibunuh 24 jam sebelum mayatnya ditemui dalam beg yang ditinggalkan di tangga premis perniagaan tiga tingkat di kawasan itu. Bedah siasat mendapati pembunuh telah memasukkan timun dan terung ke dalam kemaluan kanak-kanak itu, menyebabkan rektumnya pecah hingga dijangkiti bakteria dan ini antara faktor yang menyumbang kepada kematiannya. Fizikal kanak-kanak itu yang ditemui mati dengan keadaan “kurus kering” selain dengan pelbagai kesan lebam pada badannya menyebabkan ibu bapa Nurin Jazlin tidak mengenalinya semasa membuat pengecaman pertama.

7. Jutawan Kosmetik Sosilawati Lawiya – 30 Ogos 2010
ohtidak-pembunuhan-kejam-malaysia-7

Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang selama 13 hari ditemui dekat pantai Morib, Selangor . Polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong. Jam mahal milik jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang diambil salah seorang penjenayah sebagai ‘kenang-kenangan’ selepas mangsa dibunuh menjadi petunjuk paling penting berhubung kes arwah Datuk Sosilwati mati dibunuh dan dibakar bersama-sama tiga yang lain.

8. Nurul Nadirah (Dirang) – 1 March 2012
ohtidak-pembunuhan-kejam-malaysia-8

Nurul Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi kemudian dibunuh secara kejam apabila mangsa dipercayai dicekik sampai mati sebelum mayat kanak-kanak malang itu dimasukkan ke dalam lubang dan dibakar di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai.

OHTIDAK: SEMUANYA BERLAKU DALAM KEADAAN SANGAT MENGERIKAN. SEMOGA KITA SEMUA DIJAUHI DARIPADA MENJADI MANGSA MANUSIA KEJAM. SAMA-SAMA LAH KITA BERDOA SEMOGA MALAYSIA SEBUAH NEGARA YANG AMAN DAN HARMONY TANPA JENAYAH.

Related Posts

Oh! Pekerja TNB Ditetak, Hampir Terputus Tangan Kiri

Oh! Atuk Buli Nenek Punca Pergaduhan

Oh! Atuk Dan Nenek Gangster

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap

Oh! Bom Jatuh Dari Bumbung

Oh! Ajaran Sesat Ayahanda


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *