ohtidak-ribut-umno-penang

Kejadian ribut yang amat dahsyat ini berlaku petang tadi (13 Jun 2013) di Jalan Macalister berdekatan Bangunan UMNO, Pulau Pinang. Ada yang tercedera seperti yang dilaporkan berita jam 8 malam tadi. Jika anda mempunyai maklumat, gambar dan video lain berkenaan kejadian ini, bolehlah berkongsi bersama kami.

Berikut adalah gambar dan video yang kami terima.

ohtidak-ribut-umno-penang-988604_10201453319560213_57190099_n

ohtidak-ribut-umno-penang-4_n

ohtidak-ribut-umno-penang-917_n

ohtidak-ribut-umno-penang-237_n

Video:

Dalam satu berita lain pula, ombak besar juga turut melanda Pulau Pinang.

Ombak Setinggi 3.5 Meter Membadai Padang Kota, Pulau Pinang!!

Pulau Pinang dilanda ombak kuat setinggi 3.5 meter – Ombak kuat sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter melanda kawasan Padang Kota Lama sehingga air laut melimpah ke ruang pejalan kaki dan membasahi bahagian tempat letak kereta di bahu jalan hari ini.

Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi, Muhammad Helmi Abdullah berkata keadaan ombak dipengaruhi angin kuat yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam serta peralihan angin monsun Barat Daya yang diramal berterusan sehingga 15 Jun ini.

“Keadaan laut agak bergelora pada ketika ini. Walaupun masih pada kategori pertama, nelayan dinasihati supaya tidak turun ke laut sehingga keadaan reda,

Beliau berkata arahan telah dikeluarkan kepada pelaut di sekitar negeri sebelah utara termasuk Kedah dan Perlis agar tidak keluar ke laut sehingga keadaan itu berakhir.

Seorang nelayan di Pantai Tanjong Bungah Salleh Ahmad, 42, berkata dia dan rakan-rakan tidak berani pergi ke tengah laut dan hanya berani menangkap ikan di persisiran pantai sejak beberapa hari lepas.

“Kami tidak berani pergi jauh untuk menangkap ikan kerana takut angin kuat dan ombak tiba-tiba mai (datang). Keadaan cuaca juga tidak menentu dan hujan lebat sudah beberapa hari turun di kawasan ini,” katanya.

+ Gambar kredit kepada Castelo Zaidi. Video dari Sofea alyysa.

Related Posts

Oh! Tiga Angota Polis Trafik Maut

Oh! Kemalangan Dahsyat di Kulim

Oh! Kemalangat Maut Bas Sekolah di Jalan Sandakan

Oh! Ibu ‘jemput’ anak di HKL, bukan di stesen komuter

Oh! Kemalangan Bas Terjun Gaung Di Genting Highlands

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *