Categories
Superb!

Oh! Tips Elak Gigi Kuning dan Berkarat

ohtidak-gigi

Opss!! Muka kacak tapi bila senyum segalanya memusnahkan penampilan yang disangka bak putera itu. Begitu juga dengan kaum wanita tentunya! Senyuman merupakan perkara paling manis untuk dipandang apatah lagi gigi yang cantik sering menjadi tumpuan. Namun masalah gigi berkarat dan KUNING boleh menjadi pemusnah buat jejaka apabila mahu memikat dan pemusnah buat si gadis untuk dipikat. Dengan itu meh sini belajar tips mudah bagi memastikan gigi sentiasa putih bersinar!

1. Jauhkan rokok dan makanan ringan!
Elakkan pengambilan makanan ringan, minuman yang mempunyai gula yang tinggi dan jangan sesekali merokok. Gigi akan menjadi kekuningkuningan apabila kamu kerap mengamalkan tabiat sedemikian.

2. Bawang pun boleh!
Sebenarnya bawang mampu menghalang pengumpulan bacteria pada gigi namun dalam masa yang sama ia juga boleh mengundang nafas berbau. Walau bagaimanapun, ia tidak akan menjadi masalah sekiranya kamu kerap memberusnya setiap hari.

3. Jangan Memberus Gigi Selepas Makan
Jangan berus gigi kamu selepas makan! Pasti kenyataan ini agak bertentangan dengan apa yang kamu ketahui sebelum ini bukan? Kalau benar-benar kamu mahu memberus gigi, biarlah aktiviti itu berlaku 30 minit selepas makan. Ini kerana ia boleh menghilangkan lapisan luar gigi yang amat berharga dan mengakibatkan gigi kamu tidak mampu untuk bertahan lama.

4. Bersihkan Lidah
Pembentukan bakteria pada bawah lidah boleh menjadi punca mulut kamu sentiasa berbau. Cara mudah untuk mengelakkan masalah ini ialah kamu hanya perlu memberus lidah dengan pemberus khas bagi menanggalkan kesemua bakteria yang terkumpul.

5. Tidak Pada Kafein
Kafein sangat mempengaruhi tahap kebersihan gigi. Kesan kafein ini sebenarnya boleh membuatkan gigi kelihatan kekuning-kuningan. Hanya dengan rawatan pemutihan gigi setiap dua tahun sekali mampu membuatkan gigi kamu kembali bersinar.

6. Simpan Berus Gigi di Tempat Khusus
Ramai yang menyimpan berus gigi di dalam bilik mandi, tetapi tahukah kamu bahawa tabiat ini memudahkan bakteria berkumpul di permukaan berus gigi tersebut? Oleh itu, simpankan berus gigi kamu di dalam kabinet agar ia tidak terdedah dengan masalah ini.

7. Rawatan Pakar
Bagi memastikan gigi kamu terus bersih bersinar, pergilah berjumpa doktor gigi setiap enam bulan. Walaupun ia sesuatu yang remeh, percayalah suatu hari nanti pasti kamu berpuas hati dengan hasil yang bakal kamu terima.

Terima kasih Faiza Ayu di atas perkongsiap tips ini. Ada lagi tips yang berguna ataupun sebarang gambar dan kisah yang menarik untuk dikongsi? Emelkan kepada Oh! Tidak di email hi@ohmedia.my.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *