Ramai yang membanginkan gambar ini kerana ianya menggambarkan simbolik tentang kualiti kereta tempatan dengan kereta luar negara.

ohtidak-viva-vs-swift

Apapun kami tak berminat nak bercerita tentang itu, cumanya nak berpesan agar berhati-hatilah sentiasa ya! Tak kiralah anda bawa kereta buatan Malaysia ke, kereta Jepun ke, kereta German ke, kereta Korea ke atau kereta sorong sekalipun, malang memanglah tak berbau tapi kalau sentiasa pentingkan diri dan cuai tak habis-habis, bukan setakat menyusahkan diri sendiri tapi tak pasal-pasal menyusahkan orang lain juga.

1. Pasang set audio yang ada bluetooth. Tak pun beli satu sangkut kat telinga. Tak pun pakai la earphone atau paling koman pun, loudspeaker!! Ini konon power drive sebelah tangan, sebelah lagi sibuk jawab telefon.

2. Penat designer kereta fikir camana nak buat design signal tu agar mengurangkan risiko kepada anda. Habis tu tak reti-reti nak gunakan ke?!! Ingat signal tu saja-saja nak buat kereta nampak meriah ke? Erghh!!

3. Kat lampu isyarat, tak payah la sibuk nak mekap. Lepas tu lampu dah hijau pun tak jalan-jalan. Kena hon baru terhegeh2 nak letak mekap dan jalan. Lepas je awak jalan, lampu pun merah balik. Kesian orang belakang!

4. Sampai masa bawa kereta pergi servis. Ini tahu pakai je servis nya tidak. Lepas tu rosak sana-sini tengah jalan. Tak pasal-pasal jalan jem sebab awak. Kalau tak pernah miss buat servis tapi rosak juga, itu tak apa. Nasib kurang baik lah tu.

5. Nak bawak slow macam siput, bawak lane paling kiri. Menyibuk lane paling kanan tu kenapa? Lepas tu kena cucuk/lampu tinggi, sibuk la tunjuk simbol-simbol lucah kat orang. Hampeh!

Related Posts

Oh! Tiga Angota Polis Trafik Maut

Oh! Kemalangan Dahsyat di Kulim

Oh! Kemalangat Maut Bas Sekolah di Jalan Sandakan

Oh! Ibu ‘jemput’ anak di HKL, bukan di stesen komuter

Oh! Kemalangan Bas Terjun Gaung Di Genting Highlands

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *