ohtidak-ketagih-bulu-kucing-2

Ramai manusia dalam dunia ni mempunyai tabiat pelik. Ada yang menjijikkan, ada yang menakuktkan dan ada yang digelar gila. Begitulah kisahnya kepada seorang wanita bernama Lisa, 43, dari Detroit, Michigan yang tidak dinafikan memang seorang manusia yang aneh. Apa yang aneh pada diri si Lisa ni?

Dia mengakui gemar untuk makan bulu kucing dan menelan tiga perempat bebola bulu kucing setiap hari. Setakat ini, dia sudah memakan lebih dari 3,200 bebola kucing sejak ketagihannya itu bermula 15 tahun yang lalu.

“Saya ketagih makan bulu kucing”, katanya dalam musim baru program TLC My Strange Addiction. Kisah Lisa adalah satu daripada banyak siri yang sangat pelik dalam musim keempat rancangan popular itu yang akan mula ditayangkan pada 13 Februari lalu. Lisa menyediakan pilihan snek aneh itu dengan mengumpulkan bulu kucing dari sekitar apartmen tempat tinggalnya termasuk di lantai dan di belakang sofa, tetapi mengatakan bulu paling sedap ialah daripada tubuh kucing itu sendiri.

ohtidak-ketagih-bulu-kucing-1

Dia memanjakan haiwan peliharaannya itu dengan lidahnya seperti ibu kucing memanjakan anaknya serta menjelaskan dia tidak menjilat punggung atau celah kuku kaki haiwan itu. Oh tahu pun geli? Lisa mula menjamah hidangan bulu kucing sebagai cara untuk lebih dekat dengan haiwan peliharaannya itu dan menggelarnya ‘ikatan mesra’. Dia juga berkata bulu kucing amat menenangkan hati.

Sementara kebanyakan daripada kita tidak boleh menerima walaupun seurat bulu kucing atas pelbagai faktor penyakit, Lisa ketagih ingin menikmati bulu kucing setiap dua jam. Dia juga menjelaskan proses ketika mengulum bebola bulu kucing seperti sedang mengulum gula-gula getah.

“Saya akan mencuitnya sedikit dan memasukkan ke dalam mulut. Saya kunyahnya sebentar, mengeluarkannya semula dan memasukkan kembali ke dalam mulut,” katanya.

Video:

OHTIDAK: APA KE GILA DIA NI. TAPI OK LA AS LONG TAK MAKAN KUCING. BAK KATA USTAZ AZHAR IDRUS, PAGI BUAT JEMPUT PETANG BUAT LEMPENG. HAHA!

Related Posts

Oh! Pekerja TNB Ditetak, Hampir Terputus Tangan Kiri

Oh! Atuk Buli Nenek Punca Pergaduhan

Oh! Atuk Dan Nenek Gangster

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap

Oh! Bom Jatuh Dari Bumbung

Oh! Ajaran Sesat Ayahanda


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *