Categories
Kemalangan

Oh! Kemalangan Maut di Federal Highway (18+)

ohtidak-kemalangan-federal-highway-9_o

Lebuhraya Perseketuan atau lebih dikenali mudah disebut sebagai Federal Highway merupakan sebuah lebuhraya yang terawal di bina di Malaysia. Lebih kurang jam 4:50 pagi tadi (21 April 2013) di KM 10.6 Lebuhraya Perseketuan berhampiran Batu 3, Shah Alam, kami dimaklumkan telah berlaku satu kemalangan maut yang melibatkan 5 mangsa maut ditempat kejadian.

ohtidak-kemalangan-federal-highway-7

Antara mangsa yang terlibat ialah Mohd Faridzuan Mohd Aziz (21), Amirul Faiq Zainuddin (22), Syahmie Farid Izzat Samsuddin Shah (21), Wilson Lee (22), dan M. Kalaychelvan (50).

Kemalangan ini melibatkan 6 buah kenderaan iaitu 4 motosikal dan 2 kereta. Kemalangan ini dikategorikan sebagai kemalangan ngeri kerana mayat kelihatan bergelimpangan di atas jalan dan ada antaranya yang putus beberapa bahagian anggota badan. Menurut saksi, kemalangan ini berpunca dari sebuah Honda City yang dipandu laju lalu hilang kawalan. Ketika inilah tiga motosikal ini dirempuh oleh Honda City sebelum terbabas ke longkang dan menyebabkan 2 orang penunggang motosikal maut di tempat kejadian. Pemandu kereta yang tercampak keluar turut menemui ajal.

ohtidak-kemalangan-federal-highway-2614_o

ohtidak-kemalangan-federal-highway-1_o

ohtidak-kemalangan-federal-highway-4_o

ohtidak-kemalangan-federal-highway-4

Ketika inilah, datang sebuah kereta lain yang dinaiki 4 orang yang melihat kejadian itu dan berhenti untuk membantu mangsa yang bergelimpangan di atas jalan. Malang buat seorang penumpang di belakang yang turun untuk membantu dilanggar pula oleh sebuah motosikal dari belakang yang tidak sempat mengelak. Penumpang dan penunggang motosikal tersebut kedua-duanya turut maut di tempat kejadian. Semua mayat dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang untuk di bedah siasat.

Menurut mesej dari seorang pambaca Oh! Tidak;

“oh media.. nanti buat news update pasal kemalangan ngeri yang berlaku kat federal highway sebentar tadi. Sangat ngeri.. badan putus sana sini.. mayat bergelimpangan.. and ramai yang meninggal.. tak tau jumlah sebenar berapa.. punca dan mcmmana berlaku.. saya baru lalu tadi.. ngeri.. ramai pulak tu..” – Aida.

ohtidak-kemalangan-federal-highway-1

ohtidak-kemalangan-federal-highway-3

ohtidak-kemalangan-federal-highway-2

ohtidak-kemalangan-federal-highway-6

ohtidak-kemalangan-federal-highway-_o

ohtidak-kemalangan-federal-highway-5

Video:

Video di bawah ini adalah rakaman semasa kemalangan baru sahaja berlaku dan pihak polis masih lagi di dalam perjalanan. Jadi keadaan mayat yang masih tiak bertutup mungkin sedikit mengganggu mereka yang tidak kuat semangat.

Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.

Sebahagian dari gambar ini adalah hak milik persendirian Photoplay 2013, Que Yahaya II.

+ Gambar dari saudara Kamarul Izzat Misnan yang berada di tempat kejadian. Terima kasih di atas perkongsian anda kepada Oh! Media. Kepada yang mempunyai gambar dan video lain, boleh kongsikan kepada kami melalui support@ohmedia.my
+ Baca respon pembaca di Facebook.

Rumusan dari kemalangan menyayat hati ini, 5 orang menemui ajal. 1 yang merempuh, 2 yang dirempuh, 1 insan baik yang cuba membantu dan 1 lagi yang tidak bersalah. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa yang terlibat.

OHTIDAK: SENTIASALAH BERHATI-HATI DIJALAN-RAYA. JANGAN SESEKALI KERANA KECUAIAN KITA ORANG LAIN YANG MENJADI MANGSA KORBAN.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *