Kami menerima video ini di mana pergaduhan antara satu pasangan dan beberapa orang staff parking di Scott Garden, Jalan Klang Lama. Menurut pengirim, pergaduhan ini dikatakan berlaku apabila pasangan tersebut gagal dan tidak mahu untuk membayar parking. Sedikit pertengkaran membuatkan satu pergaduhan kecil tercetus di situ.
Aksi ganas wanita yang tidak henti-henti menumbuk dan menampar beberapa staff parking tersebut membuatkan seorang lelaki naik berang lalu menyepaknya dan dari situ pergaduhan lebih besar tercetus apabila pasangan kepada wanita tersebut naik berang dan menyerang lelaki terbabit. Tonton video berikut:
Hal kecil boleh jadi besar bila amarah mengawasi diri. Kelakar!
OHTIDAK: KEJADIAN INI ADA DIPAPARKAN DI AKHBAR TEMPATAN BEBERAPA HARI LALU DAN JIKA ANDA ADA MEMBACANYA, INI ADALAH VIDEO KES YANG DIMAKSUDKAN.
Comments