ohtidak-penjara-pudu-6

Kami percaya masih ramai yang ingin tahu tentang bagaimana rupa Penjara Pudu pada ketika ini. Penjara yang terlalu banyak menyimpan 1001 kenangan bagaimana para pesalah yang pernah menggemparkan Malaysia dengan kegiatan jenayah mereka seperti Mona Fendy & Botak Chin mengakhiri hayat mereka di tali gantung di penjara ini.

justkhai-penjara-pudu-2

Ini adalah gambar terkini tapak Penjara Pudu yang kini telahpun kelihatan seperti padang jarak padang terkukur. Gambar ini diambil pada 2 April 2013 oleh saudara Nizam dari bangun Kenangan Wholesale City (KWC). Setakat ini dapat kita lihat 100% struktur Penjara Pudu telah menyembah bumi kecuali pintu gerbang penjara dan tembok hadapan yang hanya akan diputuskan samaada pintu itu dirizabkan atau dipindahkan ke suatu tempat yang baharu dan diratakan sepenuhnya untuk memberi laluan kepada projek pembangunan Bukit Bintang Triangle City.

ohtidak-penjara-pudu-1

ohtidak-penjara-pudu-2

ohtidak-penjara-pudu-3

ohtidak-penjara-pudu-5

ohtidak-penjara-pudu-4

ohtidak-penjara-pudu

Sejarah:

Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut telah dibuat secara berperingkat dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1895. Tembok penjara telah mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada bulan Ogos 1892. Tembok ini dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen yang diimport dari negeri koloni British. Kos bagi pembinaan tembok ini sahaja berjumlah RM 15,360.90 (harga pada tahun 1800an).

Bagi blok pentadbiran dan dapur pula, ia mula dibina pada tahun 1892 dengan kos pembinaan sebanyak RM28,700.00 dan RM 3,775.00 (harga pada tahun 1800an). Pada asalnya bangunan pentadbiran terdiri dua tingkat yang menempatkan pejabat ?Gaoler”, pejabat kerani, stor, bilik pemeriksaan dan bilik pengawal.

ohtidak-penjara-pudu-7

Reka bentuk untuk dapur penjara adalah menyerupai dapur “pauper hospital”. Bangunan dapur ini mengandungi sebuah stor dan bilik timbang. Sebelum bangunan utama penempatan banduan siap dibina, lima buah bangunan sementara telah dibina bagi menempatkan banduan-banduan yang menjalankan kerja-kerja pembinaan. Bangunan tersebut telah dibina dalam kawasan tembok penjara. Bangunan penempatan utama telah mula dibina pada bulan November, 1891 dan siap pada bulan Mac, 1892. Bangunan penempatan utama ini mengandungi 240 bilik menyerupai Penjara Kandy di Bogambia iaitu berbentuk X dan dibina setinggi tiga tingkat. Setiap blok dipisahkan oleh pintu pagar yang berkunci. Ia dibina dengan harga RM84,886.00.

Penempatan utama blok C dan D bangunan pertama didirikan pada tahun 1891
Penempatan utama blok C dan D bangunan pertama didirikan pada tahun 1891.
Bilik Gantung Penjara Pudu digunakan sejak 1960, seramai 180 pesalah menjalani hukuman disi
Bilik Gantung Penjara Pudu digunakan sejak 1960, seramai 180 pesalah menjalani hukuman di sini.

Pada tahun 1894 sewaktu lawatan Residen British, beliau telah mencadangkan agar dibuat pertambahan sebanyak 54 bilik lagi untuk disambung di Blok C dan D. Kerja-kerja penyambungan ini telah siap dibuat pada tahun 1895. Blok D telah menempatkan bilik akhir dan bilik gantung. Dari tahun 1960 hingga 1993, seramai 180 pesalah telah menjalani hukuman gantung sampai mati disini.

Ruangan dalam penjara yang suatu ketika dahulu dipenuhi dengan banduan
Ruangan dalam penjara yang suatu ketika dahulu dipenuhi dengan banduan.

Muatan asal Penjara Pudu pada awal pembinaannya hanyalah seramai 600 orang pesalah. Setelah kemasukan yang kian meningkat, pembinaan baru telah dibuat, sehinggalan penjara ini mampu menampung 2,000 orang pesalah dengan kadar muatan selesa. Pada tahun 1985 penjara bersejarah ini telah memcatatkan jumlah bilangan banduan yang tertinggi iaitu seramai 6,550 orang pada satu masa. Kesesakan ini memaksa banduan bergilir-gilir (shift) untuk tidur. – Sumber PENJARA.

Kali terakhir krew kami beramai-ramai berkunjung ke penjara ini adalah pada Jun 2010. Ketika itu beberapa bahagian pagar penjara ini telah diruntuhkan. Anda boleh ikuti post tersebut di blog founder Oh! Media.

OHTIDAK: PENJARA PUDU DALAM KENANGAN.

Related Posts

Oh! Koleksi Rumah Terbuka Stesen Minyak. Hanya 20 Sen!

Oh! Yamaha 135LC Custom

Oh! Ubah Tong Sampah Menjadi Rumah

Oh! Perdana Menteri Memandu Teksi?

Oh! Barang Kemas Orang Kaya

“Syukur Anak Saya Selamat dan Terima kasih Kepada Semua” – Ibu Wan Aisyah


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *