Screen Shot 2013-03-20 at 12.35.28 PM

Rakaman CCTV ini melihatkan dua orang anak muda mundar-mandir keluar masuk kedai dengan niat tidak baik ingin merompak seorang lelaki (berkeluarga) yang sedang menggunakan tablet (iPad) di atas meja makan. Tonton video berikut untuk lihat bagaimana cara mereka untuk melakukan jenayah terancang ini.

Kejadian ini berlaku di sebuah kafe di Seksyen 8, Bangi pada minggu lalu. Inilah dia Malaysia hari ini, dipenuhi budak-budak bangsat tak dapat kasih sayang mak bapak, kaki ponteng sekolah, pemalas belajar agama, dan nak duit dengan buat kerja senang. Selepas ini tiada lagi rakyat Malaysia yang rasa selamat buat kerja di tempat awam.

Mangsa rompakan Muhammad Zaidie Hassan memberitahu bahawa kejadian yang berlaku sekelip matai ni memberi impak yang kuat kepada isterinya yang trauma atas apa yang berlaku.

“Saya & family jadi mangsa, org umah sy yg paling trauma sbb suspek 2 rampas dr tangannya.. Xpelah, sy serahkn sumanya pd Yang Maha Berkuasa untuk menentukan nasib mrk2 ni… Sy share rakaman ni utk beri gambaran sebenar apa yg berlaku… Trima kasih atas komen, nasihat dan sokongan..”

Kepada mangsa, kami berharap agar perompak tersebut dapat ditangkap dan di bawa ke muka pengadilan. Kepada anda yang lain, jadikan kejadian ini sebagai pengajaran untuk kita semua lebih berhati-hati walau di mana sahaja kita berada.

Related Posts

Oh! Pekerja TNB Ditetak, Hampir Terputus Tangan Kiri

Oh! Atuk Buli Nenek Punca Pergaduhan

Oh! Atuk Dan Nenek Gangster

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap

Oh! Bom Jatuh Dari Bumbung

Oh! Ajaran Sesat Ayahanda


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *