Langgar lari oleh sebuah Viva ke atas sebuah Myvi (adik langgar abang ni). Plate number JMT7351 lokasi di Jusco Tebrau City, Johor Bahru. Inilah padahnya bila nak tukar lane tak reti nak tengok side mirror apalagi nak kasi signal. Memang hidup menyusahkan orang.
Terdapat kemungkinan pemandu Viva tersebut tengah bermain handphone/sms atau mengantuk mengikut pandangan orang ramai. Sehingga hari Sabtu, 9 March 2013, pemandu Myvi yang menjadi mangsa pelanggaran ini memberitahu pemandu Viva tersebut masih mendiamkan diri dan tidak mahu menyerah diri untuk memberikan kerjasama atas apa yang berlaku.
Apapun kami dimaklumkan pemandu Myvi ini (seorang wanita berbangsa cina) terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan sahaja. Ini adalah gambar yang dimuat-naik pemandu Myvi tersebut hasil dari kemalangan yang berlaku.
Psst: Visual ini dirakam dari salah seorang pengguna jalanraya lain yang menggunakan Dash Cam di dalam keretanya. Orang ramai dinasihatkan turut menggunakan camera ini di dalam kereta masing-masing agar jika berlaku sesuatu pada anda atau pemandu di hadapan anda, ada barang bukti untuk diserahkan kepada pihak berkuasa.
Comments