Categories
Sengal

Oh! Rekod Cium Mulut Paling Lama Milik Pasangan Gay Thailand

Rekod cium mulut paling lama di dunia kini dipegang pasangan gay Nontawat Jaroegenasornsin (31) dan Thanakorn Sittiamthong (28) yang berasal dari Thailand. Pasangan gay ini berjaya bercium selama 50 jam 25 minit dan 1 saat. Rekod baru ini ialah pembaharuan selama 4 jam dari rekod lama yang dicipta tahun lalu yang juga milik pasangan dari Thailand. Pasangan gay ini ialah salah satu daripada 7 pasangan yang mengambil bahagian dalam percubaan mencipta rekod ciuman paling lama yang dianjurkan pihak Ripley’s Believe it Or Not di Pattaya, Thailand. Nontawat Jaroegenasornsin dan Thanakorn Sittiamthong memenangi hadiah bernilai USD 6500 dalam bentuk cincin permata, pakej penginapan hotel 5 bintang dan wang. Sepanjang percubaan memecah rekod pasangan yang bertanding harus minum, membuang air kecil atau besar dan tidur sambil bercium.

ohtidak-cium-mulut-thailand-1


ohtidak-cium-mulut-thailand-2

Apapun harus diingat, jangan dicontohi tingkahlaku mereka ini. Kalau nak bercium, sila buat rekod peribadi bercium bersama isteri tersayang di rumah masing-masing okay! Kehkeh!

Dalam bab ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Bukan dari golongan kami siapa saja wanita yang menyerupai lelaki dan siapa saja lelaki yang menyerupai wanita.” (Musnad Ahmad, no: 6875 dengan sanad yang dinilai hasan oleh Ahmad Syakir). Bahkan ‘Abdullah ibn ‘Abbas r.a. menerangkan bahawa: “Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (Shahih al-Bukhari, no: 5546). Hadis-hadis larangan dalam bab ini juga diriwayatkan oleh Abu Hurairah dan Aisyah r.a.

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (pasangan suami isteri) perasaan cinta (kasih sayang) dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” [al-Rum 30:21]


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *