ohtidak-suspek-curi-kereta

Kes curi kereta bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia malah boleh dikatakan setiap hari, akan ada kereta yang menjadi mangsa penjenayah tidak bermoral ini. Kalau hari ini terjadi pada orang lain, tak mustahil esok lusa akan terjadi pada kita pula. Tiada sesiapa yang mampu menjamin kereta mereka selamat dari menjadi mangsa jenayah walau di rumah sekalipun.

Dari email yang kami terima;

Assalamualaikum semua. Disini aku nak kongsi sikit kat korang supaya berjaga2 dengan 2orang penyangak yang dah curi kereta kakak aku pada 18 dec 2012 di shopping mall baru2 ini. Jenis kereta wira convert evo engine 4g63, kaler putih ade sunroof lagi. Laporan polis dah buat & gamba 2ekor penyangak tu pn dah dapat melalui CCTV di shopping mall tersebut. Mamat ni mmg WANTED sbb dah kuar akhbar metro 27july 2012 tajuk ” Pencuri Kereta Enjin Turbo’. Kumpulan ini dikenali sebagai “Geng Boboy Rawang”, ada 16org semua yang lain dah kene tangkap tinggil 2ekor ni jer yg tak dapat. Ni aku dah sertakan gambar harap2 korang hati2 la ngan mamat2 penyangak ni yer sbb aku percaya dia masih wt keja2 terkutuk ni skang sbb polis masih xdapat tangkap dia. Mintak sebarkan @ tampal kt kawasan perumahan/condominium/apartment korang. Okay kawan2 sekian. ” Sharing is Caring” 🙂

Kumpulan ini sebenarnya dah ditumpaskan seperti yang dilaporkan Harian Metro dan Utusan Malaysia tapi masih ada yang bebas dan terus melakukan kegiatan jenayah ini.

Berikut kami paparkan gambar suspek (dari rakaman CCTV) seperti yang dikirimkan bersama email yang dihantar kepada OhTidak ini;

ohtidak-suspek-curi-kereta-1

ohtidak-suspek-curi-kereta-2

Jika anda kenal dengan suspek ini, bolehlah melaporkan kepada balai polis berhampiran dan berhati-hatilah sentiasa kerana anda mungkin mangsa yang seterusnya.

OHTIDAK: JIKA SAYANGKAN KERETA, TAMBAH LAGI FAKTOR KESELAMATAN PADA KERETA ANDA. PALING PENTING JANGAN SESEKALI TINGGALKAN KERETA ANDA DI TEMPAT YANG GELAP DAN SUNYI SERTA JANGAN SESEKALI MELETAKKAN BARANG BERHARGA DI DALAM KERETA WALAUPUN UNTUK SEKETIKA.

Related Posts

Terima Kasih

Oh! A. Samad Said Di Kehendaki Oleh Polis

Oh! Kekayaan ‘Bocor’ Kerana Kereta

Oh! 40,313 Ahli Kongsi Gelap Dan 49 Kumpulan Kongsi Gelap Didedahkan Oleh KDN

Oh! Penjelasan Isu “Rancangan Menghapuskan Sultan?”

Oh! Rancangan Menghapuskan Sultan?


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *