Categories
Ada Apa? PSA

Oh! Jual Galaxy S3 Terima Duit Palsu

Perkara ini langsung tak boleh dipandang sepi sebenarnya. Ianya nampak macam kecil tetapi ianya satu masalah besar untuk kita semua kalau dah terperangkap dengan jebon-jebon seperti ini. Kami menerima email dari seorang pembaca ohtidak yang berkongsi akan pengalamannya apabila menjadi mangsa wang palsu!

————
Assalamualaikum Oh! Media, Saya ingin berkongsi cerita tentang sindiket duit palsu. Okay pada 3/1/13 saya telah post ke mudah.my tentang telefon saya Samsung Galaxy S3 Marble White 16GB. Kemudian pada jam 10 malam 3/1/13 seorang wanita telah menelefon saya untuk membeli telefon bimbit tersebut pada malam itu jugak. Di kesah kan dia mengajak saya utk berjumpa di Petronas Hway MRR2 Gombak. Pada jam 2 pagi 4/1/13 Saya pun ke Petronas itu. Selepas saya tiba di Petronas, perempuan itu menelefon saya dan lelaki yg bercakap.

Buyer: “Saya nak U turn tadi nak guna jalan ke Greenwood tapi dah tersalah jalan ni. Saya termasuk hway Duke. Kalau saya nak U turn jauh sgt ni. Boleh dtg sini tak? Saya berada di sebelah Masjid Greenwood.”

Saya: “Okay, saya datang sekarang”

Dia menggunakan kereta Wira aeroback color hitam. Plate tak ingat.

Kemudian saya tiba ditempat itu. Saya keluarkan telefon memberinya check telefon itu. Selepas dia check, di menyerahkan duit Cash RM1400. Saya mengiranya 3 kali utk pastikan cukup RM1400. Selepas itu dia kata dia nak balik ke kampung utk kenduri. Saya pun pulak kerumah. Saya pun cuba la bau duit itu, tiada bau duit. Saya check no siri, semua sama 14x keping note RM100. Saya telefon perempuan itu, dah off telefon. Sampai sekarang takdapat jejak dah perempuan tu.

——-

Begitulah kisah yang dikongsikan kepada kami. Mangsa telahpun membuat laporan polis dan kepada anda semua jika ada sebarang maklumat, mungkin boleh tampil membantu dan jadikan kisah ini satu tauladan jika suatu hari nanti anda berdepan sesiapa untuk proses jual beli barangan agar tidak menjadi mangsa yang seterusnya. Kongsikan perkara ini kerana ianya satu jenayah yang amat serius.

OHTIDAK: PERKARA PALING PENTING DALAM URUSAN JUAL BELI BARANG DENGAN PIHAK YANG ANDA PERTAMA KALI KENALI ADALAH PASTIKAN IANYA CASH ON DELIVERY (COD) DAN PASTIKAN ANDA KIRA DAN PERIKSA WANG YANG DIBERIKAN SEBELUM MENYERAHKAN ATAU MEMBELI BARANGAN. PASTIKAN JUGA BAWA DUA TIGA ORANG KAWAN DAN JANGAN SESEKALI DATANG BERSEORANG DIRI.

UPDATE: Selepas sehari artikel ini dipaparkan, kami menerima update dari orang ramai dan juga dari pengadu menyatakan bahawa gambar dan nombor telefon suspek yang dipaparkan sebelum ini juga merupakan seorang mangsa yang tertipu terlebih dahulu. Dikatakan suspek juga sebelum itu ada menjual telefon kepada wanita tersebut malangnya terlupa untuk mengeluarkan sim-card miliknya. Nombor tersebut telah disalahgunakan wanita terbabit untuk melakukan penipuan di internet secara tidak langsung membabitkan suspek sebelum ini sebagai salah seorang dari pelaku jenayah. 2 hari kemudian suspek telah berjaya mendapatkan sim-card yang baru dengan nombor yang sama dan akhirnya persoalan terjawab di mana suspek sebenar adalah seorang wanita licik yang hingga ke hari ini masih tidak dapat dikenalpasti.

Apapun pada kami, jadikan kisah bagaimana kejadian ini berlaku sebagai satu pengajaran kepada kita semua. Terima kasih.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *