Categories
Sengal

Oh! Menarik Tentang Justin Bieber

Inilah jadi bila wartawan dan editor kalau tak cukup tidur mungkin sampai tak pasal-pasal Justin Bieber boleh terjebak. Ini keratan dari akhbar Utusan yang diterbitkan semalam (3 Januari 2013). Memalukan dan mengundang penghinaan tertinggi oleh rakyat Malaysia berbanding KOSMO yang pernah menggembparkan tanahair dengan cerita hantu murahan padahal datang dari applikasi telefon pintar, Camera 360.

541859_402886799789204_148033595_n

Apa sebenarnya yang diceritakan akhbar ini adalah tentang Kazakhstan di mana tajuk asalnya adalah Menarik Tentang Kazakhstan. Kami sendiri tak pasti dari mana datangnya sampai tiba-tiba Justin Bieber boleh terbabit sekali. Kemungkinan besar semasa ianya ditulis, reporter tersebut sedang melayan lagu Justin Bieber atau mungkin sedang berbual tentang Justin Bieber.

Lihat respon pembaca di Facebook Oh! Media berkenaan perkara ini.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *