Categories
Editorial

Oh! Menangi Philips AquaTouch dan koleksi Tshirt Oh! Media #philips50shaves

Untuk artikel ini lebih istimewa kerana kami telah menemubual saudara Aim Dot Dot yang berketerampilan Metroseksual untuk memberikan pandangan beliau selepas menggunakan AquaTouch ini selama 3 minggu. Adakah AquaTouch mampu memberikan impak yang berkesan kepada urusan harian dari beliau dari segi pengurusan diri, masa dan juga keterampilan?

Aim semasa melakukan tugasan di Langkawi
Aim semasa melakukan tugasan di Langkawi

Menurut beliau, kegunaan utama Philips AquaTouch AT940 ini di dalam urusan hariannya adalah untuk kegunaan biasa sahaja iaitu mencukur misai dan kadang-kala untuk cukuran di bahagian janggut dan anak rambut di bahagian telinga dan tengkuk. Di dalam kesibukan harian sebagai seorang wartawan di Oh! Media TV, baginya AquaTouch telah memberi sedikit-sebanyak kemudahan dalam pengurusan dirinya setiap hari sebelum memulakan tugas.

“AquaTouch sesuai dengan gaya hidup saya yang sentiasa sibuk dan dengan adanya AquaTouch ini, ianya memudahkan saya untuk mencukur dan kekal dengan penampilan yang kemas walau di mana sahaja termasuklah di bilik mandi dan kadangkala di dalam kereta juga sebelum memulakan tugasan”

ohtidak-aim-aquatouch-2

Bila ditanya tentang bagaimana AquaTouch mampu memberi impak kepada pengurusan masa harian beliau, baginya AquaTouch telah banyak menjimatkan masanya setiap hari yang sebelum ini banyak dihabiskan dengan pencukur biasa yang memakan lebih banyak masa untuk mendapatkan hasil cukuran yang bersih dan kemas.

“Waktu amat berharga bagi saya sebagai seorang wartawan. Dengan pencukur biasa, masa saya amat terbuang di dalam bilik air kerana proses mencukur yang rumit dan melecehkan. Tetapi sejak dua minggu lalu, terus-terang saya memang merasakan perubahan ketara dan ianya amat menyeronokkan. Berbanding pencukur biasa, AquaTouch ini lebih mudah, pantas, bersih dan menjimatkan masa saya”.

ohtidak-aim-aquatouch-3

“Dahulu saya mencukur hanya selepas mandi tetapi dengan AquaTouch ini, waktu mencukur tidak terhad hanya selepas mandi malah saya boleh mencukur di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Itu satu kelebihan AquaTouch yang telah membuka mata saya bagaimana benda yang saya pandang remeh sebelum ini sebenarnya mampu memberikan impak di dalam urusan harian saya. Ianya, sekadar bercukur kan? Ingatkan pisau cukur biasa sudah memadai, tetapi sekarang saya sedar mengapa pisau pencukur elektrik dicipta. Apa lagi kalau bukan untuk lelaki metroseksual seperti saya”.

Video berikut di mana Aim telah berkongsi tips dan trick tentang kelebihan yang ada pada AquaTouch ini berbanding pencukur biasa yang digunakannya sebelum ini.

Berita baik untuk anda di mana anda berpeluang untuk memiliki AquaTouch ini secara percuma dari Philips Malaysia. Caranya cukup mudah di mana anda hanya perlu memberikan slogan terbaik adakah anda seorang “Modern Man” melalui applikasi Philips di Facebook.

ohtidak-aim-aquatouch-4

Artikel kali ini juga lebih istimewa kerana kami akan hadiahkan sehelai Tshirt rasmi Oh! Media, Slide to Unlock & Save Gaza kepada 6 orang pemberi respon paling menarik di ruangan komen di bawah dengan memberitahu kami mengapa anda rasa Philips AquaTouch ini amat menarik untuk lelaki modern. Syaratnya cukup mudah, jangan lupa untuk undi kami selalu melalui form di bawah dan tinggalkan respon anda seperti yang diminta.

ohtidak-aim-aquatouch-5

Selamat memenangi AquaTouch dan koleksi Tshirt Oh! Media ya!!

Review Part 1 | Review Part 2 | Review Part 3


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *