ohtidak-philips-aquatouch-pt2-3

Adakah anda seperti ini? Haha! Kami percaya pada hari ini kita semua sentiasa hidup berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan duniawi dan ukhrawi sebagai lelaki moden yang tidak sempurna tetapi sentiasa cuba mencari kesempurnaan tersebut pada diri.

Apakah agaknya definasi sebagai jejaka moden yang sebenar? Kami telah bertanyakan ini di page Oh! Media dan pelbagai jawapan menarik telah diterima.

ohtidak-modern-man-survey

“Modern Man, seorang lelaki yang tahu guna semua gadget and technology di sekelilingya.. and tak semua lelaki macam ni” – Adly Umar

“Ok lah, mari saya terangkan definisi lelaki moden pada pandangan saya:
1) mempunyai gadget yang terkini serta pandai menggunakannya. contohnya ipad, blackberry, galaxy tab, iphone
2) aktif di twitter serta instagram.
3) pemakaian yang up to date, berjenama serta seluar yang berpotongan sedikit kurus apabila keluar kemana-kemana. bak kata omputehnya, slim fit.
4) sedangkan keluar ke kompleks beli-belah pun dia akan memakai kasut. contoh yang sedang hangat pada pandangan saya adalah kasut jenis loafers.
5) memandu kenderaan yang kelihatan menarik, sekurang-kurangnya kenderaan buatan jepun atau korea. tak main kereta nasional. lazimnya toyota vios, suzuki swift, ataupun honda civic. kalau yang kaya gila tu mungkin memandu bmw 3 series atau volkswagen jetta.
6) menggunakan wangian yang berjenama serta mahal.
7) banyak menggunakan bahasa rojak, campuran bahasa melayu serta bahasa inggeris yang agak keterlaluan.

Itulah sedikit sebanyak pendapat saya yang konservatif serta kekampungan ini. sekian terima kasih.” – Akmal Azri

“Leki yg berpersonaliti menarik dan penampilan yg meyakinkan dan tak tgl solat 5 waktu serta tau apa tanggungjawab sebagai seorang anak dan suami mahupun bapa tanpa mengecewakan perasaan mana2 pihak.. – Annora Zera

Respon lain

Dalam artikel sebelum ini, kami telah memberikan teaser kepada anda berkenaan Philips AquaTouch ini, dan untuk artikel kali ini kami akan membicarakannya secara lebih mendalam bagaimana sebuah mesin pencukur elektrik mampu memberi makna dalam kehidupan jejaka moden seperti kami dan anda semua dalam penerangan yang ringkas dan padat.

ohtidak-philips-aquatouch-pt2-1

First of all, anda perlu tahu bahawa AquaTouch adalah pencukur elektrik yang boleh digunakan semasa dalam keadaan kering atau basah. Ini bermakna dalam kesibukan urusan harian, tiada masalah untuk anda bercukur ketika mandi, selepas mandi mahupun ketika berenang di swimming pool sekalipun (kalau orang tak buat, anda buatlah. Kan anda ada Philips AquaTouch? Haha)

ohtidak-philips-aquatouch-pt2-2

Kemudiannya, AquaTouch akan menyimpan sisa bulu yang dicukur terus ke dalam ruang yang disediakan. Ini bermakna tiada lagi sisa cukuran yang bersepah-sepah menyakitkan mata memandang serta membuang masa untuk dibersihkan. Jika pencukur biasa yang anda gunakan sebelum ini menyeksakan, AquaTouch mampu memberi satu kebebasan minda dan masa anda. Nak bersihkan AquaTouch ni terlalu mudah. Buka dan basuh sahaja dengan air. Nice kan?

Andai kata anda dah terlewat ingin ke pejabat atau sebarang urusan luar, bawa sahaja AquaTouch dan lakukan cukuran di lampu isyarat atau ketika sedang memandu sekalipun. Kami tak galakkan tapi kalau anda seorang pemandu yang cekap dan tahu apa yang sedang anda lakukan, apadehal kan? Sekali lagi, tiada kerisauan langsung tentang sisa cukuran yang mengotorkan kereta anda. Kami percaya cukuran di dalam kereta tidak akan anda lakukan di dalam kereta melainkan anda benar-benar seorang yang pengotor. Tetapi dengan AquaTouch, tiada masalah lagi tentunya.

AquaTouch ni juga sangat mobile dan boleh di bawa ke mana-mana. Sekali charge penuh mampu memberikan lebih 20 cukuran lengkap di mana bateri terbina di dalamnya mampu memberikan kuasa kepada AquaTouch ini selama lebih 60 minit. Andai kata anda sedang mengejar masa dan bateri habis, anda hanya perlu charge selama 3 minit sahaja untuk memberikan satu cukuran lengkap kepada diri anda.

Ikuti video review yang telah kami sediakan:

Selebihnya, kami pasti anda sendiri tahu bagaimana susunan masa harian anda dan bagaimana Philips AquaTouch AT940 ini mampu menjadi salah satu ‘gadget’ terpenting untuk pengurusan harian diri anda lebih-lebih lagi jika anda seorang yang bermisai dan berjambang tidak sampai beberapa hari selepas dicukur.

Tiba detiknya anda mula menggunakan Philips AquaTouch ini, jangan harap anda akan rasa nak kembali kepada mesin pencukur biasa yang anda gunakan sebelum ini. Soal cukuran tak licin, luka ketika mencukur, sisa cukuran yang bersepah, mata pisau cepat karat dan tumpul, segalanya tidak akan anda rasai lagi. Mata pisau yang digunakan pada AquaTouch ini tidak akan berkarat dan jaminan turut diberikan untuk ianya mampu membuat cukuran terbaik kepada anda paling kurang selama 3 tahun tanpa tumpul.

Dalam artikel seterusnya, kami akan berkongsi kepada anda tentang tips dan trick penggunakan Philips AquaTouch ini.

Screen Shot 2012-12-24 at 2.49.24 AM

Untuk makluman anda, Oh! Media yang diwakilkan oleh Aim Dot Dot merupakan salah seorang yang terpilih untuk menceritakan kepada anda secara lebih lanjut tentang Philips AquaTouch ini. Kami diberikan set pencukur elektrik paling high-end dari Philips untuk turut-sama memberitahu anda tentang bagaimana pencukur ini mampu memberi impak yang sempurna kepada para jejaka moden dalam kehidupan serba sibuk hari ini. Ianya bukanlah sebuah review yang berbayar jadi apa yang akan kami ceritakan sememangnya jujur dari pengalaman kami sendiri. Kepada penggemar Oh! Tidak & Oh! Media, anda boleh vote kami setiap hari dan jangan lupa sertai contest yang disediakan untuk berpeluang memenangi AquaTouch eksklusif dari Philips ini. Cukup mudah, hanya sekali klik sahaja.

Berita baik untuk anda di mana anda berpeluang untuk memiliki AquaTouch ini secara percuma dari Philips Malaysia. Caranya cukup mudah di mana anda hanya perlu memberikan slogan terbaik adakah anda seorang “Modern Man” melalui applikasi Philips di Facebook.

ohtidak-aim-aquatouch-4

Lebih istimewa kerana anda berpeluang memenangi sehelai Tshirt rasmi Oh! Media, Slide to Unlock atau Save Gaza kepada 6 orang pemberi respon paling menarik di ruangan komen artikel ke-3 kami berkenaan produk ini. Terus kesana dan berikan jawapan anda. Syaratnya cukup mudah, jika anda sukakan review dari kami, jangan lupa untuk undi kami selalu melalui form di bawah dan tinggalkan respon anda seperti yang diminta.

ohtidak-aim-aquatouch-5

Jumpa lagi dalam review selanjutnya dan sekali lagi jika anda seorang jejaka modern, pertimbangkanlah untuk bertukar terus kepada ‘gadget’ terbaik untuk kesempurnaan wajah, keterampilan dan profail harian anda.

Review Part 1 | Review Part 2 | Review Part 3

Related Posts

Oh! Toyota Vios 2013

Oh! Contest Strongman – Menangi Wang Tunai Berjumlah RM5000 Sekarang!

Oh! Honda Civic Generasi Ke-9

KeretaMoto.com : Sumber Automotif Utama Anda

Oh! Air Durratusyifa Ditenagakan 30 Juzuk Ayat Al-Quran dan Doa-Doa Syifa

Oh! Menangi Philips AquaTouch dan koleksi Tshirt Oh! Media #philips50shaves


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *