Bagaimana teknologi mampu memberikan kesempurnaan pada diri kita agaknya? Bagaimana pula teknologi mampu memudahkan urusan harian dari segi kekemasan diri kita sebagai seorang jejaka moden yang sentiasa sibuk dengan urusan harian? Kami akan memperkenalkan kepada anda satu mesin pencukur elektrik yang tentunya sangat berbaloi untuk anda dapatkan.

Berbicara soal mencukur misai dan janggut ni, ianya sangat subjektif mengikut citarasa si jejaka itu sendiri. Ada lelaki yang sukakan misai tapi tak suka janggut. Ada yang suka bela janggut tapi tak suka misai dan tak kurang juga yang tak sukakan kedua-duanya. Kami tergolong dalam golongan yang sukakan janggut tapi tidak menyukai misai kerana membuat diri rasa 10 tahun lebih tua dari usia. Boleh dikatakan setiap hari lepas mandi mesti akan cukur misai. Tak kasi chance langsung misai nak tumbuh walau sedikitpun. Janggut pula memang nak sangat dia tumbuh, tapi segan-segan pulak dia dia nak tumbuh. So nak taknak, memang akan cukur juga janggut ni untuk kasi dia tumbuh semula dengan panjang. Tapi alhamdulillah ada juga dari yang bersungguh-sungguh nak janggut tapi sehelai pun tak sudi nak keluar. Lagi kesian. Haha! Apapun Khai tak mempunyai bulu di pipi atau lebih dikenali sebagai jambang lah kan.

Kami pasti ramai tak suka dengan pisau cukur yang biasa digunakan tapi ibarat terpaksa menggunakannya mungkin kerana harganya yang sangat murah (ialah kerana murah jadi fungsinya pun sekadar ada sahaja). Satunya sebab terlalu sukar dan melecehkan. Bila dah siap-siap nak pergi meeting tu lah baru perasan ada misai. Pakai pisau cukur biasa, kalau tak hati-hati bersepah jatuh misai tu atas baju. Kalau tak jatuh atas baju pun, bersepah dalam sinki. Lepas tu silap sikit mesti kulit boleh terluka. Paling tak best lepas pakai sekali dua, tak sah kalau pisau dia tak berkarat jika dibiarkan. Dah kena beli yang baru pula kan? Tak ke mambazir namanya tu? Jadi untuk artikel ini, lupakan terus tentang pisau pencukur yang menyusahkan. Kita bercerita tentang mesin pencukur yang terbukti memudahkan semua orang terutamanya para lelaki moden yang hidup sentiasa dalam kesibukan urusan harian.


Pencukur elektrik yang digunakan sekarang.

Bila dah give-up dengan pisau cukur, apa solution yang kami buat adalah mendapatkan satu mesin pencukur dari Philips seperti gambar di atas ni. Selepas lebih kurang 2 tahun digunakan, ianya langsung tak pernah lagi memberikan sebarang masalah sampailah ke hari ini. Tapi ada satu kekurangan iaitu ianya hanya boleh digunakan dalam keadaan kering. Kiranya dah lepas mandi dan keringkan badan, baru boleh digunakan. Nak bersihkan pun tak boleh guna air tapi hanya boleh dibersihkan dengan berus yang disediakan dalam keadaan kering. Terfikir juga, dalam perkembangan teknologi hari ini tolonglah keluarkan satu mesin yang boleh digunakan dalam keadaan kering mahupun basah. Lagi best kalau boleh bercukur masa mandi mahupun ketika berenang di dalam swimming pool atau sungai. Haha! Baru betul-betul menjimatkan masa. Kiranya kami mahukan satu mesin pencukur yang 100% kalis air. Nak bercukur masa scuba sambil tengok ikan di dasar laut pun boleh. Haha.

Unboxing:

Kalau nak tahu harga dan segala apa yang menarik dan apa yang kurang tentang Aquatouch ni, kami akan ceritakan lagi dalam review yang seterusnya nanti. Kami juga akan melakukan perbandingan antara pencukur elektrik lama yang kami gunakan dan AquaTouch yang terbaru ini. Juga mungkin dengan pencukur biasa yang masih digunakan ramai orang di luar sana.

Berita baik untuk anda di mana anda berpeluang untuk memiliki AquaTouch ini secara percuma dari Philips Malaysia. Caranya cukup mudah di mana anda hanya perlu memberikan slogan terbaik adakah anda seorang “Modern Man” melalui applikasi Philips di Facebook.

ohtidak-aim-aquatouch-4

Lebih istimewa kerana anda berpeluang memenangi sehelai Tshirt rasmi Oh! Media, Slide to Unlock atau Save Gaza kepada 6 orang pemberi respon paling menarik di ruangan komen artikel ke-3 kami berkenaan produk ini. Terus kesana dan berikan jawapan anda. Syaratnya cukup mudah, jika anda sukakan review dari kami, jangan lupa untuk undi kami selalu melalui form di bawah dan tinggalkan respon anda seperti yang diminta.

ohtidak-aim-aquatouch-5

Jika anda suka dengan review setakat ni, boleh “Thumbs Up” kami ya? Stay tuned!

Review Part 1 | Review Part 2| Review Part 3

Related Posts

Oh! Toyota Vios 2013

Oh! Contest Strongman – Menangi Wang Tunai Berjumlah RM5000 Sekarang!

Oh! Honda Civic Generasi Ke-9

KeretaMoto.com : Sumber Automotif Utama Anda

Oh! Air Durratusyifa Ditenagakan 30 Juzuk Ayat Al-Quran dan Doa-Doa Syifa

Oh! Menangi Philips AquaTouch dan koleksi Tshirt Oh! Media #philips50shaves


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *