Di Malaysia atau di mana jua dalam dunia ni, selain masing-masing mempunyai keinginan untuk memiliki kereta yang hebat, pastinya tersimpan juga rasa ingin meiliki nombor pendaftar (plate number) yang menarik bagi kereta mereka. Dalam ribuan kereta di atas jalanraya, pastinya mereka yang mempunyai plate number yang menarik dan jarang dilihat, akan menjadi pemerhatian orang. Berikut adalah koleksi nombor plate menarik yang dihantar oleh ramai followers Oh! Media kepada kami.

Walaupun plate number yang agak kelakar, tetap juga diminati asalkan mereka dilihat “RARE” oleh lain.

Mati? well, semua orang akan merasainya. Bagi kami dengan menggunakan nombor plate begini ada bagusnya kerana mampu mengingatkan mati kepada mereka yang melihatnya. Tapi kami pun naik hairan bila ada satu lagi kereta turut menggunakan plate number yang sama.

Mohon JPJ untuk siasat samaada berlaku kesilapan atau ada antara kereta ni yang guna nombor palsu semata-mata untuk nampak kool.

Begitu juga dengan nama negeri kelahiran mereka. Tidak lupa juga yang menggunakan nama haiwan biarpun haiwan tersebut cukup tidak digemari.

Tak lupa juga yang mengabdikan nama mereka pada kereta melalui plate number.

Juga ada yang mengabdikan nama syarikat mereka. Ini memang best ibarat promosi di mana-mana.

Memang banyak lagi plate number yang cukup menarik pada pandangan kami. Untuk itu kami telah sediakan dua album penuh dengan koleksi nombor pendaftaran menarik dan RARE untuk anda lihat.


Anda boleh ikuti dua album yang telah kami sediakan di Facebook Oh! Media.

1. Kereta & Plate 1
2. Kereta & Plate 2

Jika anda terserempak dengan kereta mahupun motosikal dengan plate number yang lebih menarik, hantarkan kepada kami di support@ohmedia.my. Terima kasih dan enjoice!

Apa yang pasti, semua ini untuk mereka yang ada duit lebih dan mahukan kelainan dalam penampilan mereka. Adakah anda juga mempunyai keinginan yang sebegini?

Related Posts

Oh! Koleksi Rumah Terbuka Stesen Minyak. Hanya 20 Sen!

Oh! Yamaha 135LC Custom

Oh! Ubah Tong Sampah Menjadi Rumah

Oh! Perdana Menteri Memandu Teksi?

Oh! Barang Kemas Orang Kaya

“Syukur Anak Saya Selamat dan Terima kasih Kepada Semua” – Ibu Wan Aisyah


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *