Categories
Kemalangan

Oh! Kemalangan Maut Nissan GTR R35 di Kuantan

KUANTAN – Empat maut manakala dua parah apabila dua buah kereta terbabas dan melanggar pokok di Jalan Haji Ahmad 1 menghala ke arah Semambu, dekat sini, awal pagi tadi.

Mangsa yang terbunuh dalam kemalangan pukul 4 pagi itu ialah pemandu kereta jenis Nissan GTR, Tan Kah Yong, 24, dan penumpangnya, Bao Shanshan yang merupakan seorang warga China.

Manakala dua lagi yang maut ialah pemandu kereta jenis Nissan Skyline iaitu Go Haw Wei, 20, dan penumpangnya, Koay Khor Liang, 21.

Dua yang cedera juga merupakan warga China yang berada di dalam kereta Nissan GTR berkenaan.

Menurut Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Asisten Supritendan Zainalabidin Othman, kedua-dua kereta itu datang dari arah Kuantan menuju Semambu dan dipercayai terbabas dan melanggar pokok.

“Pemandu kereta Nissan GTR itu sedang membawa tiga warga China yang bekerja di sebuah Spa di sini. Mengikut siasatan awal, kedua-dua kereta terbabit dipandu laju dalam keadaan jalan basah berikutan hujan,” katanya.

Semua mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. – BERNAMA

Beberapa gambar di bawah adalah gambar live dari tempat kejadian dari seorang pembaca Oh! Tidak, Eone Syah Deeno.

Psst: Pandulah dengan cermat ya. Nak berlumba pergi la litar tak pun main Daytona kat pasaraya guna token sudah. lol.

– Gambar oleh Zulkhairi Ahmad untuk Oh! Tidak.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *