Categories
Sengal

Oh! ‘Innocence of Muslims’ berniat jahat dan provokasi

KUALA LUMPUR: Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (Ilmam) mengutuk keras sebarang usaha untuk menjejaskan kesucian Islam yang sengaja dicetuskan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menerusi sebuah filem berjudul Innocence of Muslims.

Presidennya, Dr Aminurrasyid Yatiban berkata, menurut satu sumber, filem yang diarahkan oleh Bacile (seorang Yahudi Israel) itu menelan belanja sebanyak USD5 juta dibiayai oleh 100 Yahudi.

Katanya, kandungan filem yang jelas berniat jahat itu sengaja menimbulkan provokasi seperti menyebutkan Islam is a cancer, period dan sebagainya.

”Perkara ini jelas mencemarkan kesucian Islam dan dakwaan yang sangat tidak betul serta menimbulkan provokasi melampau terhadap umat Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, ujarnya Ilmam menyeru semua umat Islam agar mempunyai sensitiviti yang tinggi dengan mengambil berat sebarang usaha yang boleh menyelewengkan ajaran Islam yang suci dan murni. – Harian Daily.

Dalam satu artikel lain, Google dikatakan enggan memadam video tersebut.

Google enggan padam video hina Rasulullah

SAN FRANCISCO – Syarikat enjin pencari gergasi, Google yang juga pemilik laman perkongsian video Youtube, kelmarin menegaskan pendirian mereka untuk tidak memadam video menghina Nabi Muhammad SAW walaupun ia telah mencetuskan protes di kebanyakan negara di rantau Arab.

Dalam satu kenyataan, Google juga menolak tuntutan banyak pihak yang menggesa syarikat Internet gergasi itu untuk mengeluarkan video menyinggung perasaan orang Islam tersebut.

Menurut jurucakap Google, treler filem berdurasi 14 minit berjudul Innocence of Muslims dihasilkan oleh pengarah anti-Islam, Sam Bacile itu kononnya tidak melanggar polisi dan garis panduan Youtube.

Bagaimanapun, susulan daripada protes ganas pada Selasa lalu Google memutuskan untuk menyekat akses filem anti-Islam tersebut di Mesir dan Libya bagi tempoh sementara.

Difahamkan, di bawah prosedur Google, pengguna Youtube boleh melaporkan kandungan tidak senonoh atau tidak sesuai kepada kumpulan pemerhati syarikat itu di seluruh dunia.

Sehingga semalam, tiada sebarang tindakan diambil dan video tersebut telah ditonton lebih 122,000 pengguna.

Sementara itu, Ketua Pengarah di Kementerian Komunikasi di Afghanistan mengumumkan kerajaan memutuskan untuk menyekat akses video yang mempersendakan sifat Rasulullah tersebut.

“Tindakan itu diambil selepas Presiden Hamid Karzai mengutuk filem tersebut yang dianggap biadab dan menghina Islam. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan tunjuk perasaan ganas merebak ke negara ini,” kata Aimal Marjan.

Afghanistan menjadi negara pertama menyekat akses video itu kerana khuatir insiden protes ganas awal tahun lalu akan berulang. Februari lalu, sekumpulan penunjuk perasaan mengadakan tunjuk perasaan yang akhirnya bertukar ganas sebagai membantah tindakan tentera Amerika Syarikat (AS) membakar al-Quran di penjara Bagram, utara Kabul. – Reuters

Trailer kepada filem ini masih ada di Youtube jika anda ada rasa ingin tahu. Tetapi mohon usah dikongsikan. Mereka mungkin sengaja timbulkan isu ini untuk alih pandangan umat islam kepada isu di Palestin dan Syria. Bagaimanapun kita marah dengan penghinaan ini, jagalah bahasa kita dan sentiasalah menggambarkan Islam yang sebenar di mata penganut agama lain.

OHTIDAK: DEPA NI MEMANG TAK BOLEH TENGOK AGAMA LAIN SENANG. MEREKA SENGAJA BUAT SESUATU YANG MEMBANGKITKAN KEMARAHAN UMAT ISLAM. BILA UMAT ISLAM BERTINDAK, MEREKA AKAN GELARKAN ISLAM SEBAGAI PENGGANAS DAN SENGAJA MEMBUAT HURU-HARA DI ATAS DUNIA. ITULAH DIA YAHUDI.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *