Mungkin inilah kali pertama kita mendengar seorang lelaki mempunyai satu tabiat pelik. Tabiat pelik tersebut adalah dia gemar makan bedak dan sabun selama 17 tahun. Bagaimanapun, lelaki aneh ini tidak menolak kemungkinan ia ada berkaitan dengan unsur mistik kerana pernah menemui pengamal ilmu perubatan tradisional dalam usahanya menghentikan tabiat ini.

“Bagi orang lain, perbuatan ini dianggap tidak masuk akal dan boleh menjejaskan kesihatan, tapi bagi saya ia menjadi menu harian sejak 17 tahun lalu,” kata Mohd Razali Ishak, 63, yang mempunyai tabiat luar biasa apabila menjadikan sabun mandi dan bedak sebagai makanan kegemarannya.

Bapa kepada sembilan anak yang juga bekas penoreh getah itu berkata, pada mulanya dia hanya makan bedak, namun menambah ‘menu’ eksotiknya dengan memakan sabun mandi sejak tujuh bulan lalu. Jom kita tengok rupa lelaki aneh yang makan bedak dan sabun selama 17 tahun.

OHTIDAK: BANYAK-BANYAK BENDA BOLEH DIMAKAN, SABUN DENGAN BEDAK JUGA YANG DIMAKANNYA.

Related Posts

Oh! Pekerja TNB Ditetak, Hampir Terputus Tangan Kiri

Oh! Atuk Buli Nenek Punca Pergaduhan

Oh! Atuk Dan Nenek Gangster

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap

Oh! Bom Jatuh Dari Bumbung

Oh! Ajaran Sesat Ayahanda


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *