Apa yang merisaukan zaman sekarang, bila orang berhujah benda yang dia sendiri tak tahu betul atau tidak, kemudiannya mengatakan maklumat tersebut daripada ulamak dotdotdot (fill in the blank) sebagai satu cara mahu orang percaya dengan apa yang disampaikannya sedangkan ulamak tersebut tak pernah mengeluarkan fakta dan kata-kata seperti itu.

Isu lagu Gangnam Style pun boleh meleret-leret kononnya “Saya nak jadi yahudi” la dan paling baru, menghina Nabi Muhammad S.A.W. Inisiatif ingin menyebarkan sesuatu untuk kebaikan tu sangat baik tapi biarlah sesuatu yang disebarkan itu, kita sendiri tahu sejauh mana kebenarannya. Janganlah nak paranoid dengan semua benda. Kalau tak suka, abaikan sahaja dan tak perlu gunakan agama dan nama ulamak sebagai cara ingin menghentam minat orang lain. Kita takkan mampu paksa orang lain untuk minat apa yang kita minat, dan membenci apa yang kita benci.

Ikuti sedikit perdebatan di bawah ini yang telah dikirimkan kepada Oh! Tidak.

isu-gangnam-style

Walau apapun, kita patut pengeji para gadis Islam yang terkinja-kinja menggayakan tarian dari lagu ini. Memang dalam tarian dan juga video clip mereka, ada banyak simbol gerak-geri yang lucah dan tak patut kita contohi. Mereka di Korea, ada cara mereka dan kita patut tahu mana yang boleh kita ikut dan tidak. Dengar sebagai penyedap halwa telinga sudahlah. Tak perlulah sampai terikut-ikut dan tak perlu juga terlalu paranoid dengan semua benda yang kita sendiri pun tak tahu sejauh mana kebenarannya.

OHTIDAK: ISK!

Related Posts

Oh! Ron95, Diesel Naik 20 Sen Tengah Malam Ini

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap

Oh! Kes Baling Batu Dari Jejantas Taman Connaught

Oh! Melayang Gaya Epic Ketika Mencuri Minyak

Oh! Isu Empat Finalis Miss Malaysia World Beragama Islam

Oh! Isu Murid Makan Dalam Tandas (Kisah Sebenar)


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *