Bila kami terima email dari guru disiplin ni sebentar tadi, luruh hati kami mengenangkan sikap pelajar zaman sekarang yang sangat ekstrem dan langsung tiada rasa hormat pada guru. Selalunya, pelajar-pelajar seperti itu, akan terus tercicir dalam pembangunan dan kemajuan. Kesian, sedangkan seorang guru yang ingin melihat anak didiknya berjaya, diperlakukan demikian.

Kejadian ini berlaku di sebuah sekolah menengah di Kedah Darul Aman dan ya, di dalam kawasan sekolah.

Perkara seperti ini bukanlah tidak pernah langsung terjadi dulu-dulu. Tetapi sejahat-jahat budak dulu, tidaklah seperti zaman ini. Rasa hormat kepada guru tu semakin terhakis entah di mana silapnya.

Kepada adik-adik yang masih dibangku sekolah, sedarlah bahawa ilmu di zaman sekolah sangat penting untuk menempatkan di mana anda selepas itu. Kecundang di zaman persekolahan, tidak bererti anda akan gagal selama-lamanya dalam hidup, tetapi perjalanan hidup anda akan lebuh banyak onak dan durinya berbanding mereka yang hidup penuh azam dan kesungguhan sejak di bangku sekolah.

Tanya sahaja pada mereka yang tak pernah jejak kaki ke universiti. Tentu jawapannya jika boleh diundurkan masa, mereka ingin masuk ke zaman persekolahan semula dan belajar bersungguh-sungguh untuk menempuhi hidup seperti orang lain yang dah berjaya ada rumah, ada kereta dan ada keluarga sendiri sedangkan dirinya masih membanting-tulang seharian sambil menyesali tindakan di bangku sekolah.

Ingatlah, tiada niat lain dari seorang guru yang menjadi lilin dengan membakar dirinya untuk menerangi orang lain. Anak murid yang diajarnya, mungkin akan jadi peguam, arkitek, usahawan berjaya mahupun perdana menteri sedangkan dirinya sampai ke tua tetap masih seorang guru di sekolah. Hormatilah guru kerana dari situ datang keberkatan dalam ilmu.

Jika ingin anak-anak yang hebat, sejak dibangku sekolahlah kita perlu pupuk sikat yang baik untuk menghasilkan anak yang berkualiti di atas muka bumi ini. Jika perangai macam sampah, jangan menyesal jika dapat anak-anak pun nanti perangai macam sampah. Renung-renungkan lah ya?

Kepada anda guru disiplin yang dihormati, kami di Oh! Tidak bersimpati dan kami harap anda banyak-banyakkanlah bersabar kerana sesungguhnya ini salah satu cubaan yang benar-benar menguji kesabaran sebagai seorang guru. Teruslah berbakti demi anak bangsa tercinta.

OHTIDAK: DAH MASUK SEKOLAH MENANGAH, TAK BOLEH NAK DIKATEGORIKAN NAKAL LAGI. TAPI DAH BOLEH DIKATEGORIKAN SEBAGAI JAHAT. KALAU TAK DIBENDUNG, TAK MUSTAHIL JADI PENJENAYAH LEPAS HABIS SPM NANTI. SEDIH!

Related Posts

Oh! Ron95, Diesel Naik 20 Sen Tengah Malam Ini

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap

Oh! Kes Baling Batu Dari Jejantas Taman Connaught

Oh! Melayang Gaya Epic Ketika Mencuri Minyak

Oh! Isu Empat Finalis Miss Malaysia World Beragama Islam

Oh! Isu Murid Makan Dalam Tandas (Kisah Sebenar)


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *